Makkah, Mecca atau Mekah? Hanya satu diiktiraf Saudi dan OIC

1
210

VARIASI… Apabila tulis nama atau perkataan Arab dalam huruf Rumi, perbezaan ejaan pasti suatu perkara lazim. Lihat sahaja perkataan seperti “Quran” atau nama seperti “Muhammad”.

Setiap satu ada banyak variasinya. Bagi Quran, terdapat kepelbagaian cara ejaan lain seperti Koran, Quraan, Qur’an dan sebagainya mengikut kaedah sistem bahasa di negara tertentu.

Malahan lebih banyak lagi variasi bagi perkataan Muhammad yang dieja Mohamed, Mohamad, Muhamed, Muhammet, Mohammad, Mehmet, Mehmed, Muhd, Mohd, Md, dan sebagainya.

Namun menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Arab News berpangkalan di Jeddah, satu hakikat mengenai perkataan Arab yang mungkin kurang diketahui ramai ialah ejaan Makkah.

Walhal cara betul penggunaan huruf rumi sudah lama dimuktamadkan dan telah ditetapkan melalui satu perintah diraja Arab Saudi dengan ejaan tunggal yang betul iaitu ‘Makkah’.

Arab News melaporkan bahawa meskipun demkian kebanyakan pihak berkuasa di luar negara masih sengaja eja nama kota suci tersebut sebagai “Mecca” melawan titah Raja Arab Saudi.

Realitinya ejaan seragam ini diarahkan Allahyarham Raja Fahd Abdul Aziz yang ketika itu Putera Mahkota dengan mengeluarkan titah yang mengisytiharkan cara ejaan Mecca sebagai salah.

Pada tahun 1980-an, baginda mengarahkan ejaan “Makkah” digunakan dalam semua urusan sektor pemerintah dan swasta dalam negara itu apabila diselaras ejaannya dengan huruf Rumi.

Menurut Arab News lagi, Liga Dunia Muslim, sebuah badan tidak kaut keuntungan yang ada beberapa pejabat di serata dunia, turut menekankan satu penggunaan ejaan yang ditetapkan.

Ini adalah penting sebagai tanda hormat terhadap kemuliaan tanah suci dan masyarakat Islam ditambah pula Makkah terletaknya Kaabah yang juga kiblat tunggal umat Islam seluruh dunia.

Ejaan Makkah turut diperakui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah dan pelbagai agensi media antarabangsa termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here