Rahsia mutu daging korban lebih baik, sedap

Rahsia mutu daging korban lebih baik, sedap
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PERLAKUAN manusia terhadap haiwan korban boleh mempengaruhi mutu daging selepas sembelihan dilakukan, kata Ketua Perhimpunan Pakar Gizi dan Pangan (Makanan) (Pergizi), Profesor Dr IR. H. Hardinsyah MS.

Tata cara sembelihan yang dianjurkan oleh Islam dengan tidak menjadikan haiwan berkenaan berasa stres sebelum dikorbankan menjadikan cita rasa daging lebih enak dan sebaliknya, kata beliau di Jakarta, lapor Antaranews.

Hardinsyah yang merupakan Dekan Fakulti Ekologi Manusia Institut Pertanian Bogor (IPB) itu berkata, haiwan korban harus diperlakukan dengan baik seperti diberikan makan, minum, dan tempat berteduh agar tidak kepanasan dan juga tidak kehujanan.

Ketika sembelihan dilakukan, kata beliau, haiwan berkenaan harus diperlakukan dengan baik sama ada ketika perlu dijatuhkan atau diikat sebelum disembelih.

“Elak sama sekali daripada haiwan berkenaan diperlakukan secara kasar ketika hendak dijatuhkan atau ditumbangkan bagi proses penyembelihan. Segala-galanya perlu dilakukan dengan bijak,” kata beliau.

Bagi mengelak haiwan berkenaan mengalamai stres, penyebelihan harus dilakukan ditempat tertutup. Haiwan tidak dikerumuni dan tidak dilihat haiwan korban yang lain.

Beliau menambah, kesihatan haiwan korban juga berpengaruh terhadap keselamatan daging korban yang tentunya juga mempengaruhi cita rasa.

Katanya, tahap kesihatan dan keselamatan haiwan harus ditentukan sejak awal lagi iaitu ketika pemilihan kambing, lrmbu, kerbau, atau unta yang sihat.

Perkara-perkara lain yang perlu diperhatikan ialah kebersihan ketika proses sembelihan, dari segi peralatan yang digunakan hinggalah petugas yang menyembelih dan juga persekitarannya.

Beliau berkata, haiwan korban juga harus digantung agar tidak terkena lantai atau tanah ketika proses memotong daging haiwan berkenaan dan tempat alas untuk memotong daging perlu dipastikan bersih.

-BebasnNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.