Hilang lima batang gigi, ditendang lembu korban

Hilang lima batang gigi, ditendang lembu korban
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

ADA banyak perkara unik yang terjadi ketika proses penyembelihan haiwan korban.

Salah satunya kejadian seekor lembu menendang penjaganya, Abdul Rohim, 51,ketika hendak disembelih.

Kejadian ini di Kelurahan Cengkareng Barat, Kecamatan Cengkareng, Jakarta Barat, Ahad,11, pada pukul 10.15 waktu Indonesia Barat (WIB).

Menurut TribunJabar.id, ketika lembu sedang siap untuk disembelih terdapat beberapa penjaga yang memegang lembu tersebut.

Lembu tersebut beberapa kali dilihat menendang-nendang kakinya kerana tidak selesa.

Ketika orang bergerak untuk mundurkan tubuh mereka ketika lembu menendangkan kakinya, Abdul Rohim dilihat mendekati bahagian kaki lembu itu.

Sambil membongkok, dia memegang seutas tali yang hendak dililitkan pada kaki lembu itu tetapi haiwan tersebut menendangkan kakinya mengarah ke arah wajah Abdul Rohim.

Tendangan lembu itu mengenai tepat wajah Rohim, sehingga menyebabkan lelaki itu rebah.

Ketua Polis Cengkareng, Penguasa Khoiri berkata, Rohim dibawa ke Hospital Hermina Cengkareng untuk dirawat ketika tersdebar khabar angin dia maut akibat ditendang lembu berkenaan.

Akibat tendangan lembu korban itu, Rohim kehilangan 5 batang giginya.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.