Lembu korban ke salon, tampil cantik

0
34
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

 

PERAWATAN kuku yang biasa disebut manicure dan pedicure ternyata bukan hanya dilakukan oleh manusia sahaja. Menjelang Hari Raya Aidil Adha, lembu yang hendak dikorbankan juga perlu menjalani perawatan kuku, agar tampil cantik dan lebih sihat.

Ini yang dilakukan oleh Dwi Susanto, 46,  di Pasar Haiwan Dimoro, Kota Blitar, Jawa Timur. Dengan peralatan lengkap, Dwi merawat kecantikan lembu  milik para pedagang. Perawatan yang diberikan antaranya memotong kuku, membersihkan telapak kaki dari kotoran yang menempel serta membersihkan tanduk lembu.

Menurut Dwi yang menjalankan perniagaan ini sejak tujuh tahun lalu, perawatan terhadap lembu ini tidak sembarangan. Perlu dilakukan dengan berhati-hati,

Seakan-akan  mengerti dengan kata-kata Dwi, seekor lembu ka terlihat relaks dan menikmati perawatan yang dilakukan Dwi.

“Lembukan juga ada yang galak dan  ada yang mudah dijinakkan. Kalau yang agak galak, susah sedikit,” kata  Dwi sambil memotong kuku kaki seekor lembu milik pedagang, baru-baru ini kepada Bangsa Online.

Menurutnya, perawatan lembu ini tidak hanya diminati oleh pedagang lembu yang akan menjual haiwan ternak untuk dijadikan korban. Namun terdapat juga sejumlah petani mahu  lembu-lembu mereka disolek bagi kelihatan lebih sihat.

Untuk satu pakej perawatan, Dwi mengenakan tarif Rp 30 ribu (RM9) hingga Rp 50 ribu (RM15). Salon lembu Dwi menerima antara 10 ke 12 pelanggan setiap hari.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here