Pelajar beli skuter pakai duit syiling

Pelajar beli skuter pakai duit syiling
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG pelajar, Aviani Tri Yulianti, 17, membeli sebuah skuter berharga Rp20 juta (6 ribu) hasil wang simpanan selama lima tahun.

Dari jumlah itu, Rp14 juta (RM4,200) adalah duit syiling manakala selebihnya wang kertas dalam nilai kecil.

Aviani memerlukan kenderaan untuk memudahkannya pergi balik ke sekolah di SMAN 1 Bojong, Pekalongan, Jawa Tengah, lapor TribunJateng.com.

Pelajar itu membeli skuter pada Khamis, 8 Ogos di sebuah kedai di Bojong, Pekalongan secara tunai,” kata Iria Irianti, juru jual di kedai berkenaan.

Menurut Iria, harga skuter dibeli Aviani berharga Rp 20 juta.

Duit syiling sebanyak Rp 14 juta lebih itu dimasukkan ke dalam dua guni beras.

Untuk mengangkatnya saja, pihak syarikat pengedar menggunakan khidmat empat staf dan mengambil masa dua hari untuk menghitung.

Aviani memberitahu Tribunjateng.com di sekolahnya, dia menabung kerana tidak mahu menyusahkan orang tua yang mampu untuk membelinya jika diminta anaknya.

Sebelum ini dia membeli telefon bimbit juga guna wang tabungannya.

Kerana gemar menabung, Aviani lupa sudah mempunyai berapa buah tabung kerana selalu penuh.

Keinginan Aviani selanjutnya adalah menabung untuk berangkat ke Tanah Suci.

“Saya tetap akan menabung. Saya ingin pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji,” kata Aviani.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.