Satu mayat perempuan ditemui di kawasan pencarian

0
65
PASUKAN Forensik PDRM di lokasi. / Foto: EPA/FAZRY ISMAIL

 

SEREMBAN — Polis mengesahkan satu mayat perempuan ditemui di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata mayat itu ditemui pada jam 1.57 petang kira-kira dua kilometer (km) dari resort penginapan Nora Anne dan keluarganya .

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat itu masih belum dikenalpasti.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam pada jam 1.57 petang tadi sebelum anggota SAR dikejarkan ke lokasi itu.

“Mayat perempuan berkulit putih itu ditemui dalam keadaan sempurna,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, polis turut menutup laluan ke resort itu dengan memasang garisan kuning sejak jam 2.30 petang tadi bagi menghalang orang luar termasuk media memasuki kawasan berkenaan.

Kelihatan jentera pihak berkuasa termasuk pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli keluarga Nora Anne memasuki kawasan larangan itu.

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here