Bakar wang secara ‘live’ FB boleh dipenjara

Bakar wang secara ‘live’ FB boleh dipenjara
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BARU-baru ini, media sosial Facebook dihebohkan dengan berita seorang lelaki Medan membakar helaian wang Rp50 ribu (RM15) secara langsung (live).

Di ketika orang lain bekerja susah payah mencari rupiah, seorang lelaki Medan ini membakar wang Rp50 ribu di Facebook.

Bukan hanya membakar wang Rp 50 ribu, lelaki ini juga dilihat membakar pecahan Rp 10 ribu dan Rp 2 ribu.

Berita lelaki Medan ini membakar rupiah ini salah satunya ditular oleh akaun Facebook Batak Viral pada Ahad lalu.

Akaun Batak Viral menulis, jika aksi bakar wang ini pertama kali dimuatnaik oleh akaun Facebook Sitanggang Parsamosir.

“Akaun FB atas nama Sitanggang Parsamosir telah melakukan kesalahan undang-undang dengan membakar wang secara ‘live’,” tulis akaun Batak Viral.

Dalam muat naiknya, akaun Batak Viral juga menyertakan beberapa gambar di Facebook yang dipercayai berasal dari akaun Sitanggang Parsamosir.

Sama ada kejadian tersebut benar atau tidak, pembakaran wang tidak dibenarkan dan melanggar undang-undang.

Sesiapa yang dengan sengaja merosak wang, maka boleh didenda Rp 1 bilion (RM300 ribu) dan penjara selama 5 tahun.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.