Dong Zong lupa diri

Dong Zong lupa diri
Oleh Dr ASMAH RAZALLI

 

MERUJUK kepada Kenyataan Perdana Menteri semalam, Tun Dr Mahathir  mengatakan Dong Zong adalah “rasis” ,

Wirawati Putra ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Tun kerana kembali sedar menyatakan fakta yg cukup bernas dan jujur.

 

  1. Dong Zong sebagai persatuan sekolah-sekolah persendirian cina ( SJKC, SMKJC) perlu berterima kasih kepada para pemimpin terdahulu selepas kemerdekaan yang cukup berbudi bahasa dan bertolak ansur kerana begitu baik hati membenarkan sekolah vernakular bebas ditubuhkan dengan bantuan dan dana persendirian untuk menjaga warisan bangsa dan budaya bangsa Cina.

 

  1. Sekolah Vernakular bukanlah tanggungjawab serta tidak termaktub di dalam sistem aliran Pendidikan Kebangsaan jadi segala bentuk pendidikan vernakular yang kini berkembang pesat adalah atas budi bicara kerajaan dan tolak ansur pendidikan negara.

 

  1. Dong Zong mungkin terlupa sistem Pendidikan sekolah vernakular subur kerana rakyat Malaysia rakyat yang begitu bertoleransi, Hormat MENGHORMATI Inilah adalah asas perpaduan Malaysia dan hendaklah diteruskan.

 

  1. Sebab utama Kewujudan Vernakular di dalam serpihan pendidikan Malaysia hanyalah ingin menjaga hati, warisan, bahasa dan budaya kaum yang datang ke Malaysia supaya tidak lapuk ditinggal zaman. Jadi adalah sangat logik jika kerajaan ingin mengekalkan warisan bangsa iaitu penulisan JAWI yang tiada langsung kena mengena dgn Agama Islam. Mengapa Malaysia serta orang Melayu yang sekian lama bertolak ansur dan berhemah dengan warisan dan budaya lain boleh bertoleransi dgn segala sistem vernakular tetapi sebuah kumpulan minoriti dengan sombongnya boleh menolak mentah-mentah warisan Budaya.

Islamofobia juga tidak sesuai dijadikan alasan bertentangan dengan kedudukan Agama ISLAM sebagai Agama PERSEKUTUAN NEGARA.

  1. Sudah sampai masanya Dong Zong serta para pemimpin bukan Melayu yang begitu lantang membangkang kehadiran seni penulisan jawi menzahirkan ucapan maaf kepada rakyat Malaysia dengan menjadi lebih bertolak ansur dan tidak terlalu sombong.

Segala penghinaan, provokatif terhadap seni penulisan khat JAWI mahupun Agama Islam sebagai Agama PERSEKUTUAN di Malaysia adalah satu penghinaan yang melampaui batas norma perpaduan. Ini tidak langsung patut diterima.

  1. Malaysia sebagai negara majmuk meraikan perbezaan kaum dan sifat toleransi ini perlu dimulakan sedari kecil dan harus dipupuk oleh para pendidik serta pemimpin berbilang kaum.

 

  1. Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan tumpangan daripada pendidikan kebangsaan seharusnya lebih sensitif terhadap majoriti rakyat Malaysia dan sedar diri yang gahnya sekolah-sekolah Vernakular di Malaysia adalah kerana ihsan majoriti serta para pemimpin yang baik budi.

 

  1. Sudah tiba masanya kewujudan mereka yg cuba bersifat “rasis” terhadap warisan bangsa dan DASAR PENDIDIKAN Negara dikaji kehadirannya di bumi bertuah ini.

 

  1. Dong Zong belajarlah BERTERIMA KASIH kerana Sistem terbaik utk perpaduan dan pendidikan mana-mana negara di dalam dunia adalah sistem Pendidikan satu aliran.

Di mana bumi dipijak di situ langit di JUNJUNG

PUTRA PERKASA NEGARA

Dr Asmah Razalli ialah
Ketua Wirawati Putra Malaysia

 

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.