Dong Zong Pertubuhan Rasis yang perlu diharamkan

0
54
Oleh AZARIQ ABAS

 

ASAS penubuhan Dong Zong sendiri bersifat rasis. Ini bukan yang pertama kali Tun Dr Mahathir Mohamad berhadapan dan bersikap keras dengan mereka.

Jika kita menelusuri sejarah. Kita akan dapati bahawa penubuhan Dong Zong tercetus oleh kerana laporan Barnes pada tahun 1952.

Menurut laporan ini hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan untuk diajar. Sekolah lain-lain jenis perlu dihapuskan.

Laporan ini telah ditentang oleh laporan Fen Wu.

Menurut laporan Fen Wu, “Kami menerima Bahasa Melayu tetapi kami merasa susah untuk menerima budaya Melayu dan orang Cina akan hilang jati dirinya disebabkan Melayunisasi”.

Akan tetapi laporan tersebut tidak diendahkan British dan menyebabkan beratus petisyen dihantar oleh guru dan pelbagai persatuan Cina melalui Dewan Perniagaan Cina.

Bantahan ini berlarutan sehingga tahun 1954 dan kaum Cina akhirnya menubuhkan persatuan sekolah-sekolah Cina yang kini dikenali sebagai Dong Zong.

Menjelang PRU 1955, Dong Zong yang diwakili oleh MCA pada ketika itu telah memujuk UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman untuk memasukkan perjuangan pendidikan orang Cina di dalam Manifesto Perikatan.

Sebagai pertukaran MCA memberikan wang bernilai RM500,000.00 kepada UMNO untuk membina sekolah Melayu di seluruh negara.

Berikutan dari itu, Perikatan memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pada tahun 1964 pula, punca kepada penurunan sokongan orang Cina terhadap MCA berlaku kerana desakan Dong Zong yang mula meminta kerajaan untuk menubuhkan pula Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina kerana tidak mahu anak mereka bersekolah bersama dengan anak orang Melayu kerana bimbang berlakunya Melayunisasi.

Permintaan ini tidak diendahkan oleh Perikatan.

Orang Cina telah mula beralih arah dan memberikan sokongan kepada Gerakan dan DAP pada ketika itu kerana terpedaya dengan hasutan Dong Zong.

Lantas dari itu, pada tahun 1970 MCA menarik diri dari Perikatan. UMNO yang kali ini dipimpin oleh Tun Razak serta Tun Dr Ismail dan Tun Mahathir membuat keputusan dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mampu mentadbir negara tanpa MCA.

Ini memberikan satu tamparan yang besar kepada MCA lalu mereka pun kekal bersama Perikatan dan berjanji untuk mengembalikan kepercayaan orang Cina terhadap mereka.

Di sini jelas Dong Zong sememangnya sentiasa bersikap menolak untuk ‘bersama’ dengan orang Melayu di dalam sistem pendidikan.

Jadi bukanlah perkara baru jika hari ni mereka menentang apa sahaja keputusan kerajaan untuk memartabatkan Bahasa dan Warisan Melayu.

Azariq Abas ialahTimbalan Pengerusi Biro Jalur Pribumi Armada Nasional

 

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here