Nasib tiga rakyat Malaysia di Songkhla masih belum diketahui

0
44

ALOR SETAR — Nasib tiga rakyat Malaysia susulan kemalangan menyebabkan lima kematian warga Thailand di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhlamasih belum diketahui.

Semua terbabit dipercayai masih dalam proses perundangan negara itu meski pun sudah 24 jam kejadian.

Jurucakap Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan pegawainya sudah ke lokasi sejak hari kejadian, namun tiada butiran lanjut diberikan setakat ini.

“Pegawai konsulat sudah ke lokasi kejadian kelmarin, saya, tidak dapat memberikan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Namun begitu, ia dipercayai bagi membantu menguruskan kes berkenaan termasuk lantikan peguam tambahan ia membabitkan lima kematian rakyat Thailand.

Kelmarin, lima pemotong rumput maut manakala seorang lagi parah apabila dirempuh sebuah kereta dipandu rakyat Malaysia dalam kejadian 3 petang.

Pemandu wanita berusia 31 tahun dari Kelantan bersama dua penumpang wanita juga rakyat Malaysia dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Siasatan mendapati pemandu terbabit terlanggar sesuatu sebelum hilang kawalan lalu merempuh semua mangsa.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai menaiki Perodua Myvi.

Empat mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Rattaphum.

Sebelum ini, pasangan suami isteri rakyat Malaysia terpaksa memohon sumbangan ramai apabila mereka terpaksa menjelaskan pampasan sebanyak RM200,000 apabila terbabit kemalangan sehingga menyebabkan kematiandi Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand tahun lalu.

Pampasan itu dituntut oleh keluarga mangsa di Thailand, iaitu peruntukkan undang-undang yang dibenarkan di negara itu.

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here