Telur kambing tingkat daya seks lelaki?

0
187
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

TELUR kambing (torpedo) adalah antara bahan yang menjadi rebutan apabila kambing yang hendak disembelih terutama ketika majlis korban Aidil Adha.

Ini kerana ramai lelaki mempercayai telur kambing mampu meningkatkan kemampuan seks mereka.

Benarkah tanggapan sejak berkurun lalu tentang kehebatan telur kambing ini, apa buktinya.

Menurut seorang tokoh akademi dan pengamal kesihatan, Prof. Ari Fahrial Sham kehebatan telur kambing hanya metos, lapor Serambi Indonesia.

Prof. Ari Fahrial berkata, belum ada sebarang bukti ilmiah bahawa memakan telur kambing dapat meningkatkan hasrat seksual lelaki.

Katanya, memang telur kambing banyak mengandungi testosteron yang boleh meningkatkan ghairah seksual, tetapi hal itu disebabkan oleh pelbagai faktor dan bukan semestinya dengan memakannya.

PROF Ari Fahrial Sham

“Perkara ini boleh berlaku kerana timbul dorongan setelah memakan telur kambing, apabila seseorang merasa yakin libidonya meningkat dan kemudian merasa bersemangat, dan meningkatkan daya seksual,” jelas Ari.

Bagaimanapun, masyarakat harus ketahui daging kambing mahupun lembu termasuk dalam kelompok daging merah yang banyak mengandungi lemak jahat dan tidak baik untuk kesihatan.

“Low-density lipoprotein (LDL) atau sering disebut lemak jahat dapat berkumpul pada dinding pembuluh darah, baik pembuluh darah ke otak ataupun pembuluh darah ke jantung,” ujar Ari.

Fakta lain pula berkaitan dengan sistem pencernaan, ternyata sekali memakan daging kambing berlebihan dapat menyebabkan sembelit.

Ini kerana daging merah seperti daging kambing, merupakan salah satu makanan yang memaksa usus harus bekerja lebih keras untuk mengeluarkannya.

“Sehubungan itu, memakan daging harus diimbangi dengan banyak minum air dan memakan sayur-sayuran,” kata beliau.

Daging kambing juga mengandung protein haiwan yang diperlukan tubuh untuk menggantikan sel-sel yang rosak dan sebagai zat pembangun.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here