Temuduga pelbagai jawatan sektor swasta anjuran PERKESO

Temuduga pelbagai jawatan sektor swasta anjuran PERKESO
Oleh ZIHAN ZARI / Foto: Nazri Ibni Hajar

 

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan akan mengadakan temu duga terbuka dan menawarkan peluang pelbagai jawatan di samping membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Mereka yang berminat dijemput hadir pada 15 Ogos 2019 (Khamis) di Dewan Serbaguna Pejabat KEMAS Kuah, Langkawi.

Sesi temu duga akan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang dan mereka dinasihatkan membawa bersama pen, resume, gambar serta salinan sijil.

Demikian menurut Nazri Ibni Hajar, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Langkawi ketika dihubungi oleh bebasnews, hari ini.

Nazri berkata, “tiga majikan akan hadir dan menawarkan lebih 30 jawatan kosong untuk mereka yang layak dan memerlukan pekerjaan”.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi: Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Langkawi, Nazri Bin Ibni Hajar di talian 010-469 5319 atau pegawai Enhancement Employment Officer kedah/Perlis
Khairul Anwar Ghazali di talian 017-387 2775

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.