Sanggup lacur isteri mengandung

2
43
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

MANUSIA atau haiwan. Malah, tidak ada haiwan atau manusia yang waras akan melacurkan isterinya yang sedang mengandung.

Meskipun, alasannya untuk membiayai tunggakan pembedahan caesarean.

Inilah berlaku apabila polis Surabaya menahan seorang penjaja Dian Tri Susilo, 20, yang ‘menjual’ isterinya untuk layanan seks menyimpang atau dipanggil threesome, lapor TribuneNews.

Lebih mengejutkan si isteri, Nur Hidayah, 16, sedang hamil empat bulan anak kedua.

Perbuatan sumbang itu dilakukan di hadapan anak pertama yang berusia tahun di dalam sebuah bilik hotel.

Dian layanan servis threesome itu sejak bulan lalu dalam Facebook ‘Komunitas Fantasi Pasutri’ dan mendapat pelanggan pertama pada 13 Ogos lalu yang membayar Rp3 ribu (kira-kira RM900). Pada hari itu terdapat tiga lagi pelanggan sedang menunggu giliran.

Tindakan Dian berjaya dikesan oleh pihak polis yang membuat serbuan ke sebuah hotel villa di Prigen, Pasuruan, Jawa Timur.

Ketika disoal siasat polis, Dian mendakwa memerlukan wang untuk membayar tunggakan pembedahan caesarean isterinya selain memenuhi keinginan peribadinya.

Ketika serbuan dijalankan, ada tiga lagi pelanggan sedang menunggu.

Dian kini berdepan dengan tindakan undang-undang pemerdagangan manusia dan mencari keuntungan dari hasil pelacuran yang membawa hukuman penjara sehingga setengah tahun.

BebasNews
Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

Leave a Reply to Mowardi Mahmud Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here