[VIDEO] Bilik pameran banjir, pengedar kereta rugi setiap kali hujan lebat

0
112

KUALA LUMPUR – Setiap kali hujan turun dengan lebat, pemilik Medan Quantum Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar kereta import, sentiasa dilanda resah dan bimbang kerana syarikatnya akan terpaksa menanggung kerugian akibat limpahan air longkang utama di Jalan Ampang.

PENGARAH Utusan MQ Cars, Hamzi Khairiri.

Pengarah Urusannya, Hamzi Khairiri kini dalam dilema kerana aduan telahpun dibuat kepada pihak berkuasa tetapi masalahnya masih tidak selesai.

“Setiap kali berlaku banjir dan air kumbahan naik, kami terpaksa mengalihkan barang-barang termasuk kereta kami dan menggantikan barang yang rosak, semua ini merupakan kos yang terpaksa ditanggung setiap kali hujan lebat,” kata beliau.

“Bantulah kami, kami rasa seolah-olah tidak dilayan, dan hilang tempat mengadu,” jelas Hamzi kepada Bebasnews  sambil berharap masalah ini mendapat perhatian Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Menurut Hamzi, hasil siasatan pihak SWCorp dan Alam Flora mendapati longkang utama di hadapan premis MQCars tersumbat akibat kerja-kerja pembangunan kondominium mewah (NOVO KL dimaju oleh Alfranco Development Sdn Bhd) yang letaknya bersebelahan.

Beliau berkata: “Sisa-sisa pembangunan yang tepu dan mengeras di saluran longkang utama yang menyebabkan air longkang tidak dapat mengalir ke saluran yang betul dan menyebabkan berlaku limpahan air longkang dan sampah yang membanjiri premis kami.

“Kami telah mengadu kepada Alfranco,  pihak kontraktor iaitu Huasi (M) Sdn Bhd, pihak arkitek iaitu Veritas Architect, DBKL, SWCorp dan juga Alam Flora berkaitan hal ini sejak Februari 2019 tetapi sehingga kini tiada langkah diambil oleh pihak pemaju dan kontraktor untuk menyelesaikannya,” kata Hamzi.

Beliau berkata, Jabatan Bangunan DBKL telah memanggil pihak kami pada 16 Mei 2019 bersama-sama pemaju dan kontraktor projek berkenaan yang menyatakan persetujuan untuk menyelesaikan dengan segera.

Tambahnya, keadaan menjadi bertambah buruk apabila pihak kontraktor projek NOVO KL   membina pula tempat cucian bersebelahan dengan bilik pameran syarikat yang menyebabkan air simen yang tidak di rawat memasuki ke kawasannya dan juga longkang sehingga tersumbat. Air simen itu juga tidak mematuhi peraturan alam sekitar.

Hamzi berkata, pihaknya sudah penat dengan janji-janji manis yang diberikan pemaju dan kontraktor projek tetapi tidak ditepati dan menyatakan

Beliau berharap pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, pihak DBKL, SWCorp dan Alam Flora dapat membantu syarikatnya yang menjadi mangsa akibat daripada kecuaian pihak pemaju dan kontraktor pembinaan projek berkenaan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here