Datuk maut akibat asmara terlarang

Datuk maut akibat asmara terlarang
MAYAT Nitalel yang sudah tidak bernyawa selepas turut dibelasah orang kampung.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

HUBUNGAN asmara terlarang antara sepasang kekasih lanjut usia, berakhir dengan seorang lelaki berusia 70 tahun maut ditangan cucu seorang nenek.
Kejadian berlaku apabila seorang nenek Antonia Nomleni, 70, dan seorang datuk Nitanel Hauteas, 75, nekad untuk menjalinkan hubungan terlarang, lapor TribuneNews.

Malangnya pasangan berkenaan dilihat bercumbu di bilik Antonia, malam Khamis, 15 Ogos lalu oleh cucunya dikenali sebagai NM, berusia 19.
NM, 19, mengamuk dan bersemuka dengan neneknya, Antonia Nomleni dan Nitanel Hauteas yang merupakan jiran yang tinggal di hadapan rumah.

Suspek berkali-kali menendang kepala Nitanel hingga mengalami luka dan akhirnya maut.

Antonia yang cuba melindungi kekasihnya juga cedera akibat amukan cucu.

Masyarakat kampong yang mendengar jeritan Antonia bukan membantu meleraikan amukan tetapi sebaliknya turut memukul Nitanel yang sudah tidak bernyawa itu.

Ketua Polis Timur Tenggara Selatan (TTS) , Totok Mulyanto DS mengesahkan kejadian yang berlaku di Desa Panite, Kecamatan Kot’olin, Kabupaten Timur Tengah Selatan (TTS), Nusa Tenggara Timur (NTT) itu.

Suspek dikatakan marah dengan pasangan tuan yang mengadakan hubungan sulit itu dan dia juga sudah lama mengesyaki neneknya dan mangsa menjalinkan hubungan terlarang.

NM akhirnya didakwa atas tuduhan membunuh dan berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.