Dendeng babi resahkan masyarakat Aceh

Dendeng babi resahkan masyarakat Aceh
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

MASYARAKAT Aceh kini heboh dengan gambar dendeng babi yang didakwa dikeluarkan di Banda Aceh yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Motif penularan gambar dendeng yang dibungkus dalam plastic lutsinar dengan jenama “Dendeng Babi Cap Kelinci Aguan”, di media sosial dibimbangi merupakan usaha untuk mencetuskan rusuhan kaum.

Terdapat banyak tanda tanya tentang produk berkenaan yang tertera padanya alamat pengeluar iaitu di Jl. Malayahati Km 14,5 Banda Aceh.
Alamat yang digunakan itu terletak di wilayah Aceh Besar dan bukan Banda Aceh.

Siasatan polis mendapati tiada sebarang perusahaan atau kegiatan dendeng babi di lokasi alamat yang tertera, lapor Serambinews.com baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Banda Aceh, Trisno Riyanto SH, menjelaskan dakwaan di media sosial bahawa terdapat pengeluaran dan penjualan dendeng babi di daerah Mesjid Raya sebagai tidak benar.

Trisno berkata, sebelum ini memang terdapat pihak yang mengeluarkan dendeng babi pada tahun 1980-an dan sejak tahun 2000, syarikat pengeluarannya berpindah ke Medan, Sumatera Utara.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.