Diplomat Namibia dakwa pegawai imigresen KLIA ‘biadab’

"Mereka ditahan selama tiga jam di pejabat imigresen tersebut dengan ramai orang Afrika lain."

Diplomat Namibia dakwa pegawai imigresen KLIA ‘biadab’

PESURUHJAYA Tinggi Namibia ke Malaysia, Anne Namakau Mutelo mendakwa diperlakukan secara biadab oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12 Ogos ketika cuba melepaskan dua anak saudara lelakinya yang ditahan selama tiga jam.

Suruhanjaya Tinggi Namibia ke Malaysia menyorot kejadian tersebut, yang dikatakan melanggar Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, di dalam surat aduan rasmi kepada Wisma Putra yang dikeluarkan pada hari sama.

Free Malaysia Today (FMT) memetik Mutelo berkata dua anak saudara lelakinya – Adventure Simataa Simasiku dan Roydie Mabengano Simasiku – diminta meninggalkan barisan di kaunter imigresen pada jam 6.25 malam untuk memasuki bilik yang sudah penuh dengan orang Afrika lain.

“Mereka diberitahu ini adalah pejabat imigresen bagi mereka untuk mendapatkan pasport mereka dicop bagi memasuki Malaysia.

“Mereka ditahan selama tiga jam di pejabat imigresen tersebut dengan ramai orang Afrika lain,” kata Mutelo kepada portal dalam talian itu hari ini.

Mutelo menjelaskan anak saudaranya telah memaklumkan kepada seorang pegawai imigresen yang bertugas berkaitan dengannya dan diplomat itu sedang dalam perjalanan untuk menjemput anak saudaranya.

Apabila tiba, Mutelo berkata telah memaklumkan kepada pegawai imigresen statusnya sebagai pesuruhjaya tinggi ke Malaysia dan seterusnya meminta untuk tahu sebab-sebab penahanan anak saudaranya itu.

Pegawai Imigresen yang bertugas juga didakwa memprovokasi Mutelo dengan berulang kali berkata: “Ini adalah Malaysia dan bukan Namibia” sebelum akhirnya melepaskan kedua anak saudaranya itu selepas jam 9 malam.

Aduan rasmi diserah kepada Wisma Putra sebagai badan bertanggungjawab bagi kebajikan wakil diplomatik di Malaysia.

Menurut nota diplomatik, Adventure Simataa Simasiku cuba mencatat perbalahan antara Mutelo dan pegawai imigresen itu tetapi mendakwa telah diancam dengan penangkapan dan terpaksa memadam klip rakaman kejadian sebelum dibenarkan keluar.

Dalam maklum balasnya, Wisma Putra dipetik FMT sebagai berkata bahawa Kementerian Luar amat menyesali kejadian itu serta aduan rasmi telah dihantar kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan dan tindakan yang perlu.

“Insiden itu, walaupun dikesali, tidak menyasarkan kepada mana-mana warganegara dari rantau Afrika,” katanya.

http://bit.do/e4KYh
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.