Legenda hoki negara, Lawrence Joseph Van Huizen meninggal dunia

Legenda hoki negara, Lawrence Joseph Van Huizen meninggal dunia

SEREMBAN — Negara hari ini kehilangan seorang lagenda hoki apabila bekas pemain Olimpik dan jurulatih pasukan hoki kebangsaan, Lawrence Joseph Van Huizen meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ) di sini, pagi tadi.

Cucunya, Joel Samuel Van Huisen, 27, berkata, datuknya meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi pada usia 89 tahun akibat sakit tua.

“Datuk dimasukkan ke HTJ selama dua minggu kerana keadaannya yang uzur dan dia disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Lawrence yang pernah bermain hoki untuk Malaysia pada tahun 1958 dan 1962 di Sukan Asia Tokyo dan Jakarta serta Sukan Olimpik Tokyo pada 1964, meninggalkan isteri Doreen Philomina Van Huizen @ Koh Kim Bee.

Mendiang mempunyai darah kacukan Belanda dan Portugis dan kini anaknya Stephen van Huizen adalah bekas pemain antarabangsa yang kini menjadi pembantu jurulatih pasukan lelaki kebangsaan.

Malah Joel, yang juga anak kepada Stephen van Huizen adalah pemain hoki kebangsaan yang membuat penampilan pada Piala Dunai di Bhubabeswar, India, Disember lalu.

Lawrence banyak memberi sumbangan dalam sukan negara dan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.