Pawang ular nyaris jadi mangsa ular sawa tujuh meter

Pawang ular nyaris jadi mangsa ular sawa tujuh meter
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEEKOR ular sawa menyerang seorang pawang ular yang cuba menunjukkan kehebatannya kepada penonton bahawa dia mampu ‘bermain’ dengan haiwan itu.

Namun usahanya kali ini gagal apabila ular sawa itu menyerang pawang berkenaan ketika pertunjukkan hendak dimulakan di Bengkulu, Sumatera, lapor Serambi Indonesia.

Meskipun baharu sahaja menelan babi hutan, ular sawa sepanjang tujuh meter ini tetap sahaja masih ganas dan bertindak balas apabila merasakan diganggu.

Ketika itu, ular sawa ini berada di dalam kotak kayu yang menjadi tempat tinggalnya.

Haiwan berkenaan dengan perut yang membuncit masih menunjukkan sifatnya yang agresifnya ketika diganggu dengan kain oleh pawang ular itu.

Ketika dilempar kain, dengan cepat ular sawa itu menyambarnya dengan mulut menganga.

Lalu, pada satu kesempatan, pawang ular berjaya memegang kepala ular yang ukurannya cukup besar tetapi dia tidak mampu mengangkatnya.
Ketika dia berusaha menarik kepala haiwan itu, kakinya digigit dan tubuhnya dibelit oleh ular sawa tersebut.

Dalam keadaan kesakitan, pawang berusaha tetap tenang dan dibantu orang ramai untuk melepaskan gigitan.

Gigitan itu tidak mudah untuk dilepaskan kerana orang ramai yang membantu juga ketakutan.

Pawang ular itu bernasib baik apabila gigitan itu akhirnya berjaya dilepaskan juga dengan kaki kanannya itu berdarah.

Ular sawa besar itu jika dilihat ukurannya mampu memakan manusia dewasa.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.