Pemuda Bersatu diminta desak Muhyiddin Yassin haramkan Dong Zong

Pemuda Bersatu diminta desak Muhyiddin Yassin haramkan Dong Zong

SAYA bersimpati dengan rakan-rakan Pemuda dalam parti Bersatu, Armada. Setelah lama menyepi dalam isu pertubuhan rasis Dong Zong, tiba-tiba hadir dengan melancarkan sebuah petisyen untuk mengumpulkan tandatangan mengharamkan Dong Zong.

Sehingga terpaksa menunggang institusi Mufti di sebuah negeri di utara tanahair untuk meraih populariti dan menunjukkan mereka menjuarai isu.

Sedangkan dalam masa yang sama sebuah solidariti rakyat non-partisan iaitu Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telahpun melancarkan petisyen yang sama dan telah mengumpul lebih 100 ribu tandatangan tatkala Armada melancarkan petisyen mereka.

Untuk mengharamkan pertubuhan rasis Dong Zong ini saya percaya ianya perlu bermula dengan menyemak dan meneliti semula status pendaftaran pertubuhan ini di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mana duduk letaknya di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sedarkah Pemuda Bersatu, bahawa Presiden parti mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri adalah orang nombor satu dalam KDN? Apakah Pemuda Bersatu lupa, Presiden mereka sendiri mempunyai kuasa untuk mengarahkan siasatan malah untuk menggantung pertubuhan rasis itu?

Di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) dibawah Seksyen 5 memperuntukkan kuasa Menteri untuk mengisytiharkan pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang dengan peruntukan Seksyen 5(1) seperti berikut;

“Maka adalah sah disisi undang-undang bagi Menteri menurut budibicaranya yang mutlak, dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang, mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan, yang pada pendapatnya, adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatn Persekutuan, atau mana-mana tempat di dalamnya ketenteraman awam atau akhlak”

Adalah lebih baik jika Armada mendesak secara total Presiden partinya sendiri, menggunapakai kuasa yang ada daripada menunggang isu ini dan bertindak menjadi juara!

Sedangkan kita tahu, suara Armada termasuk Ketuanya sendiri pun tidaklah begitu kedengaran setiap kali umat Melayu Islam dipijak-pijak dalam pelbagai isu sensitif.

Salam simpati pada Armada Bersatu!

Hazwan Mohamad ialah
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA
18 Ogos 2019
https://t.me/hazwanmohamadchannel
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.