Penolong pegawai tadbir juarai deklamasi puisi Hari Kebangsaan peringkat negeri

Penolong pegawai tadbir juarai deklamasi puisi Hari Kebangsaan peringkat negeri
Oleh ZIHAN ZARI

 

PENOLONG Pegawai Tadbir, Mastura Abd Hamid ,29, muncul sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2019 peringkat negeri yang berlangsung di sini, hari ini.

Beliau lepasan STPM bertugas di Pejabat Pengarah Penjara Selangor /Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengatasi 26 peserta lain, mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan diadakan tidak lama lagi.

Mastura berkata, “alhamdulillah pertama sekali saya bersyukur kepada Allah sangat- sangat dan memang terkejut sebab saingan memang sengit.
Tak sangka tahun ini rezeki berpihak pada saya.

In shaa Allah sekiranya diberikan peluang, ruang dan kesempatan saya akan terus melibatkan diri dalam bidang ini untuk memartbatkan lagi puisi-puisi Melayu “.

Tempat kedua disandang oleh Khadijah Ishak, 38, Pegawai Tadbir Diplomatik manakala Fatin Akmal, 24, Logistic Coordinator di tempat ketiga.

Kesemua mereka memilih salah satu daripada puisi dalam antologi Puisi Kemerdekaan Tanggam Warisan terbitan GAPENA pada tahun 2019 menggantikan Antologi Kemerdekaan Lentera Zaman yang telah digunakan sejak tahun 2014.

Program anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta sokongan daripada Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor (JKKNS) yang berlangsung di Laman Budaya Shah Alam yang turut dihadiri Yang Dipertua KEMUDI, Zainal Mohd Jais.

Menurut Zainal, “pertandingan sayembera ini sebagai salah satu aktiviti KEMUDI bertujuan menanamkan semangat jati diri disamping cintakan agama, bangsa dan negara melalui deklamasi puisi yang teratur dan sistematik.”

Tambahnya, aktiviti ini mempopularkan puisi-puisi bersemangat kebangsaan sebagai unsur penting dalam usaha menanamkan perasaan cinta akan negara.

Ianya juga salah satu unsur yang penting dalam membina negara Malaysia disamping menyerikan perayaan menyambut Bulan Kemerdekaan setiap tahun dengan acara deklamasi puisi bersemangat kebangsaan”, kata beliau.

Sayembera dihakimi oleh Datuk Rahman Shaari, Razali Mohd Yusof dan Syed Mahadzir Syed Ibrahim mankala hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Tokoh Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

2 Responses to "Penolong pegawai tadbir juarai deklamasi puisi Hari Kebangsaan peringkat negeri"

  1. Nur'aini  02/09/2019 at 10:34 pm

    Assalammualaikum
    Bagaimana untuk saya tahu adanya hebahan utk pertandingan ini…saya selalu terlepas untuk menyertainya..
    Tq

    Reply
    • Mowardi Mahmud  06/09/2019 at 8:50 pm

      Insya Allah.. rajin ikuti kami.. kami akan cuba siarkan.. atau cuba contact penganjur – editor
      maaf lambat reply

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.