Apa sudah jadi dengan negara ini?

Malangnya di antara yang begitu dangkal termasuk seorang menteri. Dia berketurunan India dan mungkin tidak pernah belajar mengenai sejarah negaranya sendiri.

Apa sudah jadi dengan negara ini?

APAKAH gerangannya yang sedang melanda negara kita sekarang ini?

Bibit-bibit perkauman amat melampau sedang dikibaskan oleh beberapa orang tertentu.

Yang amat memusykilkan ada pula dalam kalangan puak-puak bukan Melayu semakin lantang memberi pandangan melampau hingga ada yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah juga pendatang di bumi Melayu ini.

Malangnya di antara yang begitu dangkal termasuk seorang menteri. Dia berketurunan India dan mungkin tidak pernah belajar mengenai sejarah negaranya sendiri.

Mungkin juga dia lebih memahami sejarah negara dari mana keluarganya berasal, iaitu India. Atau pun mungkin dia pernah belajar sedikit sebanyak mengenai sejarah Malaysia, khususnya mengenai Semenanjung tetapi malangnya dia tidak faham.

Untuk pengetahuannya saya ingin beri tahu dia bahawa pada suatu ketika dahulu negara-negara di sini dikenali sebagai negeri-negeri Melayu dan Semenanjung dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Jadi, apa maknanya itu semua?

Malangnya menteri Kula itu tidak faham atau pun sengaja buat tidak faham sejarah negara ini.

Jadi, saya nak tanyalah menteri Kula itu apa maknanya Tanah Melayu?

Bukankah ia menunjukkan bahawa negara ini adalah negara Melayu, sebagaimana India negara orang India, atau China negara orang Cina.

Keadaannya serupa dengan negara-negara lain di dunia, tetapi tidak perlulah saya huraikan lebih lanjut mengenainya.

Menteri Kula ini boleh pergi cari buku-buku sejarah negara dan baca buku-buku itu untuk benar-benar memahami asal usul negara ini dan orang Melayu.

Walau bagaimana pun saya ingin menjelaskan sedikit tentang sejarah negara ini kepada menteri dangkal itu.

Sekali lagi, dari dahulu lagi negara ini, khususnya Semenanjung telah diberi nama Semenanjung Tanah Melayu.

Oleh yang demikian,  kepada menteri Kula  saya bertanya, “apakah maknanya nama itu?” Saya rasa tentu dia faham dan tak perlulah saya huraikannya dengan lebih lanjut.

Bagaimana pun saya hanya nak beritahu menteri Kula itu bahawa negeri-negeri di Semenanjung ini telah pun mempunyai kerajaan mereka masing-masing dengan setiap satu mempunyai raja atau sultan mereka sendiri.

Maka itulah bila mana puak British datang mereka terlebih dahulu berjumpa dengan sultan negeri-negeri untuk mendapatkan kebenaran singgah hingga akhirnya mereka mengambil alih kuasa melalui tipu helah licik.

Ingin juga saya memberi tahu beliau serta puak-puak yang menentang pengajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah kebangsaan bahawa bahasa Melayu asalnya ditulis menggunakan tulisan jawi.

Itulah sebabnya semua perjanjian dengan raja-raja negeri diperturunkan dalam tulisan jawi.

Tentang tohmahannya kononnya orang Melayu di sini adalah juga pendatang, ingin saya memberi sedikit pengajaran kepada menteri Kula itu.

Orang Melayu sememangnya berasal dari kawasan ini yang dikenali sejak dahulu sebagai Gagasan Kepulauan Melayu. Apa maknanya itu wahai menteri Kula?

Orang Melayu sememangnya terkenal dan diiktiraf sebagai pelayar atau seafarers. Mereka merantau , berpindah-randah dan ada yang menetap di serata gugusan kepulauan Melayu ini.

Maka itulah juga sebabnya gugusan ini dikenali sebagai Nusantara, iaitu merangkumi keseluruhan negara-negara yang telah menjadi Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thai. Gagasan itu menjadi beberapa negara ekoran angkara penjajah British, Belanda dan juga Sepanyol yang licik memecahkan  gagasan berkenaan untuk penguasaan mereka.

Berdasarkan fakta-fakta ini maka sahihlah bahawa puak-puak yang mengatakan orang Melayu kaum pendatang berfikiran amat dangkal sekali.

Hakikatnya, orang Melayu telah mendiami di gugusan ini sejak berkurun lamanya.

Dalam pada itu ada juga yang mengatakan bahawa penduduk asal di Malaysia ini, khususnya di Semenanjung adalah Orang Asli.

Betul, sememangnya Orang Asli itu penghuni asal di Tanah Melayu ini.

Tetapi mereka tidak pula mempunyai kerajaan yang memerintah kerana mereka hidup dengan sering berpindah-randah dari sebuah kawasan di hutan ke kawasan lain tanpa mempunyai sebarang kerajaan sendiri, berbanding orang Melayu yang menubuhkan kerajaan dengan raja-raja mereka sendiri yang digelar sultan setelah mereka menganuti Islam.

Maka itu saya sungguh hairan bagaimana seorang yang telah dilantik menjadi menteri boleh memberi gambaran betapa dangkalnya dia.

Nasihat saya kepadanya dan puak yang sehaluan dengannya: pergilah cari buku-buku sejarah negara ni dan baca serta fahami apa yang dibaca.

Dengan itu diharap mereka, seperti menteri Kula ini tidak akan lagi mengeluarkan kata-kata yang boleh menunjukkan betapa tololnya diri mereka.

Demikian juga halnya dengan seorang ahli seumur hidup MCA yang mengeluarkan kenyataan amat bodoh kononnya tentera kita yang majoritinya orang Melayu hanya makan tidur dan lebih elok bekerja di ladang-ladang mengambil alih tugas daripada pekerja asing.

Kenyataan-kenyataan bodoh itu hanya menyinggung perasaan anggota tentera kita yang banyak berjasa dan berkorban untuk keselamatan negara.

Sungguh hairan bagaimana seorang anggota seumur hidup MCA gamak mengeluarkan kata-kata yang amat bodoh dan bongkak sebegitu.

Yang menghairankan mengapa pucuk pimpinan MCA semuanya membisu seribu bahasa.

Sepatutnya MCA ini jika benar-benar mencintai negara akan tahu apa sebenarnya tugas dan tanggung jawab tentera kita dan segera mengambil tindakan ke atas ahli seumur hidup itu.

Malangnya hingga ke hari ini saya belum lagi mendengar apa bentuk tindakan yang diambil ke atas anggota seumur hidup MCA berkenaan.

Nampaknya MCA tidak ambil kisah pun keceloparan yang dihamburkan oleh anggota seumur hidup kesatuan mereka itu.

Tanpa mengambil sebarang tindakan terhadap anggotanya itu, apakah parti MCA juga menaruh sentimen yang sama seperti yang dinyatakan oleh anggota sehidup tersebut?

MCA perlu lebih peka terhadap kenyataan-kenyataan bangang seperti itu kerana pandangan demikian boleh menjejaskan keharmonian dan kerukunan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sekali pun anggota berkenaan sudah memohon maaf atas kenyataan bongkak dan bodohnya itu, namun ia tidak akan dapat memadam atau menghapuskan perasaan yang telah menyinggung perasaan dan hati anggota keselamatan kita, khususnya dan orang Melayu, amnya.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

5 Responses to "Apa sudah jadi dengan negara ini?"

  1. herman farispetra9599  20/08/2019 at 12:55 am

    Ahmad Rejal Arbee,
    Sejarah adalah Sejarah. Usah jadikan Sejarah sebagai bullet pada hari ini. Sejarah hanyalah sebagai Panduan.

    Ahmad Rejal Arbee,
    mampus kering lah jika mung nok ungkit sejarah. Sabahans pun boleh ungkit pasal Suruhanjaya Cobbold yang berat sebelah. Nak salahkan tenku deraman?

    Ahmad Rejal Arbee,
    Tak payah lah demo hujjah sejarah untuk membunuh. Sejarah adalah Panduan.

    Maju ke depan, Ahmad Rejal!

    Reply
    • Leftenan nan  22/08/2019 at 5:19 am

      Negara mana yang tidak ikut sejarah sebagai panduan kemodenan dan peradaban mereka?

      Reply
  2. sontoloyo  21/08/2019 at 1:45 am

    herman farispetra9599,
    tidak akan ada yang di hadapan kalau tidak ada yang di belakang.

    herman farispetra9599,
    tidak ada sekarang kalau tidak ada yang dahulu.

    herman farispetra9599,
    kau memang bodoh sejak lahir, itu sebab kau bodoh sampai sekarang.

    Reply
  3. Ilyas Mohd Amir  21/08/2019 at 8:33 am

    Kenapa tak boleh ketengahkan fakta Sejarah!!!Sejarah yg menetukan asal usul sesebuah negara dan bangsa..Kalau macam tu tak perlulah ada pendidikan sejarah di sekolah…
    Jangan jadi bangang..jika kamu orang Melayu Islam.Lihat betapa berani pendatang pendatang melanggar Sosial Contract negara Tanah Melayu!!!
    Ini ada lah Tanah Melayu…bukan tanah cina atau tanah india!!!!

    Reply
  4. herman farispetra9599  22/08/2019 at 8:19 am

    Sahabat,
    MUNG PAHAM DOK AKU TULIS GAPO!
    dok rok cetong mung nih

    Sahabat,
    SEJARAH adalah PANDUAN
    bukan BULLET untuk membunuh!

    Sahabat,
    BAHASA jiwa BANGSA
    akhlak yang baik bermula dari kata-kata

    Sahabat,
    Junjungan besar dulu masa gangster Taif baling batu; rasulullah s.a.w Larang malaikat yang nak return

    Sahabat,
    Sejarah adalah Panduan
    Kata-kata Tulisan adalah cerminan akhlak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.