Dilema Melayu: Tun M digugat

Dilema Melayu: Tun M digugat

TALI hayat PH tidak sampai PRU 15. Ada gunting dalam lipatan, ada api dalam sekam, ada puak gila kuasa.

Tun M seolah-olah sendirian menghadapi gugatan dan gigitan akibat mainan politik songsang para rakan dalam PH sendiri.

Malah BERSATU sendiri membisu. Depan Tun M angguk seperti kaldai. Otak di lutut, mimpi kereta terbang, kasut hitam untuk sekolah, orang besar jiwa kerdil, lupa daratan, dengan iringan balaci, kaduk yang merhaban dalam ghairah kuasa.

Mereka mabuk kuasa lupa jasa besar Tun M yang direstui Allah dan sokongan rakyat memenangkan PH. Hari ini PKR dan DAP khasnya memperlihatkan belang gunting dalam lipatan.

Presiden pakatan mata satu meroyan siang malam, menyalak langit mendesak Tun M melepaskan jawatan.

Mungkin puak Barat, teman baik Anwar, mendesak dia rebut peluang dalam keadaan Tun M menghadapi kesenjaan waktu.

DAP bersekongkong dengan PKR untuk menamatkan kuasa politik Melayu Islam yang berakar tunjang selama 61 tahun bawah UMNO.

Malaysia Baru, menurut mantra politik DAP dan PKR ialah ‘Malaysian Malaysia’, hak sama rata, tidak ada hak istimewa Melayu/Bumiputra dan institusi Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dihapuskan. Kalau mereka berkuasa akan meminda Perlembagaan menghapuskan segala hak istimewa Melayu/Bumiputera dan status Islam sebagai agama rasmi negara kelak.

Tun M sebagai pejuang Bangsa, Agama dan Negara, yang memimpin kerajaan selama 22 tahun masa lalu, dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik kotor DAP dan PKR. Justeru Melayu/Bumiputera yang cinta damai mesti sokong Tun M menentang puak-puak yang anti kuasa politik Melayu dan Islam.

Semua parti politik Melayu, ngo-ngo Melayu/Bumiputera dan Islam mesti bersatu bawah satu kepimpinan yang berjasa besar – Tun Mahathir. Beliau pemimpin Melayu Islam sangat berpengaruh dalam negara dan juga di pentas antarabangsa.

Rakyat berharap ikatan kasih antara UMNO, PAS pada 14 September depan perlu memberi ruang menerima semua parti politik Melayu/Bumiputera bergabung dalam suatu armada perkasa menentang musuh-musuh mereka yang semakin gairah selepas PH berkuasa.

Ingat Melayu/Bumiputera berpecah, kalian akan kalah. Belajar dari sejarah kerana sejarah tidak menipu berbagai peristiwa dan tragedi yang berlaku.

Tun M seorang tidak boleh membentuk sejarah gemilang untuk Bangsa, Agama dan Negara.

Beliau memerlukan sokongan, pengorbanan dan ide-ide bernas dari rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, bangkit menolak DAP dan PKR yang sedang menggugat Tun M sekarang.

BebasNews
Please follow and like us:
error

2 Responses to "Dilema Melayu: Tun M digugat"

  1. Joh  20/08/2019 at 7:25 pm

    Good job! bro Pakya

    Reply
  2. TheEqualizer-manonthestreet  21/08/2019 at 12:05 am

    Hahaha. 70% Melayu di Malaysia aka tanah Melayu takut kepada 30% non Malays!
    Excuse me Sir, what an empty rhetoric. Fit only for the kampung Melayus.
    Please use some common sense. You mabuk ke apa?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.