MA63: tujuh isu selesai, 14 bincang lanjut – Pejabat PM

MA63: tujuh isu selesai, 14 bincang lanjut – Pejabat PM

KUALA LUMPUR — Setakat 23 Julai lepas, tujuh isu Perjanjian Malaysia 1963 telah mendapat persetujuan bersama manakala 14 isu masih memerlukan perbincangan lanjut dan dijangka akan diputuskan sebelum 31 Ogos ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia telah mengarahkan Pasukan Petugas Khas Perjanjian Malaysia 1963 (Taskforce MA63) untuk menyediakan satu laporan akhir sebelum 31 Ogos ini untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet yang akan datang.

Keputusan-keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut pada 23 Julai lepas dan dihadiri 23 ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan, Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Tujuh isu yang telah mendapat persetujuan bersama ialah:

Perkara ini telah dipersetujui sebagai selesai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 2/2019 berikutan persetujuan delegasi kuasa kepada Jabatan Perhutanan Sabah telah diberi sejak 1 Jun 2017.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, rundingan mengenai MA63 itu adalah selaras dengan Janji 40 yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan melalui persetujuan Jemaah Menteri pada 5 September 2018 untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Jawatankuasa Khas Kabinet ini dibantu oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja dan diurus setiakan oleh pasukan petugas khas dikenali sebagai Taskforce MA63.

Mesyuarat pertama telah diadakan pada 17 Disember 2018 dan 21 isu telah diterima oleh Jawatankuasa Khas Kabinet ini untuk diteliti dan dikaji dengan tiga belas isu tuntutan dikenal pasti sebagai isu bersama melibatkan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah manakala lapan isu lain melibatkan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah sahaja, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA 

 

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.