Portal Wilayahku dilancarkan, usaha tangkis berita palsu

0
30

PUTRAJAYA — Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan portal berita Wilayahku, sebagai platform menyiarkan berita berkredibiliti bagi menangani penyebaran berita palsu di media sosial.

Portal yang boleh dilayari di www.wilayahku.com.my itu merupakan lanjutan daripada penerbitan akhbar Wilayahku yang dilancarkan pada 4 Jan lepas diurus terbit oleh Wilayah Media Sdn Bhd, anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan.

Menterinya Khalid Samad ketika melancarkan portal itu di sini hari ini berkata, adalah diharapkan rakyat mendapat maklumat yang tepat melalui portal itu, serta membuat pilihan pada Pilihanraya Umum ke-15 bukan berasaskan kepada maklumat kurang tepat di media sosial.

MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad (kanan) bersama Setiusaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Saripuddin Kasim menunjukkan portal Wliayahku pada Majlis Pelancaran Buku 365 Hari Mengurus Transisi Memenuhi Harapan dan Pelancaran Portal Berita Wilayahku di Menara Seri Wilayah. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

“Kehadiran portal Wilayahku penting untuk menangkis penyebaran siaran berita palsu, di mana terdapat laporan pada masa ini yang lebih cenderung untuk mengadu-domba antara satu pihak dengan pihak yang lain,” katanya.

Khalid turut melancarkan buku 365 Hari Mengurus Transisi Memenuhi Harapan setebal 117 muka surat, yang merupakan koleksi ucapan rasmi menteri sepanjang setahun beliau diberikan amanah menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan.

Katanya buku itu melibatkan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian dan agensi, serta menampilkan 10 kejayaan utama yang telah dicapai menerusi pembangunan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam tempoh setahun lalu.

— BERNAMA

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here