19 kerbau, pengembala mati dipanah petir

19 kerbau, pengembala mati dipanah petir
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEBANYAK 19 ekor kerbau mati serentak kerana dipanah petir bersama-sama penggembalanya, Sintor Habeahan di Tapanuli Tengah (Tapteng), Sumatera Utara, malam semalam (19 Ogos).

Ketika kejadian berlaku Sintor berada di kawasan kandang kerbau dan hujan turun dengan lebat disertai angin kuat dan petir, lapor Tribune Medan.

Petir yang berlaku dipercayai membunuh 19 ekor haiwan berkenaan dan juga pengembalanya.

Sintor ditemukan mati di luar kandang manakala kerbau masih berada dalam kandang.

Mangsa berada di kandang kerbau untuk menghidupkan unggun api supaya asapnya dapat menjauhi haiwan itu daripada gigitan nyamuk.

Ketua Polis Tapteng Ajun Komisaris Besar Sukamat mengesahkan kejadian itu.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.