Gadis kahwini datuk berusia 78 tahun

Gadis kahwini datuk berusia 78 tahun
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

KECOH sekampung kisah seorang gadis sunti dikenali sebagai Nuraeni, 27 tahun disunting oleh Sudirgo, seorang datuk berusia 83 tahun, dengan jarak umur 56 tahun.

Uniknya perkahwinan yang berlaku di Kabupaten Tegal, Jawa Tengah, ia dilangsung setelah Nuraeni jatuh cinta pada pandangan pertama.

Ternyata, jurang usia yang terlalu jauh gagal untuk mematikan niat Nuraeni untuk menjadi suri Sudirgo, lapor Tribun Jateng.

Perkahwinan yang dilangsungkan secara sederhana menyaksikan Sudirgo mengenakan kot berwarna biru lengkap dengan songkok.

Sementara itu, Nuraeni terlihat cantik dalam balutan kebaya muslim warna kuning keemasan.

Perkahwinan Nuraeni dan Sudirgo juga diadakan di rumah pengantin lelaki hari Ahad ,18 Ogos lalu.

Sudirgo adalah warga 5 Desa Pagerbarang. Sementara Nuraeni merupakan warga dari Desa Jatilaba, Kecamatan Margasari, Kabupaten Tegal.

Ternyata Sudirgo kelihatan begitu bahagia dengan perkahwinan yang merupakan kali kelimanya. Perkahwinan terakhirnya adalah pada tahun 2013.

Menurut Sudirgo, pertama kali dia bertemu Nuraeni pada awal Julai lalu ketika gadis itu mengunjungi rumahnya dengan kedua-dua orang tua untuk meminta doa supaya perniagaan mereka laris.

Sudirgo dikenali warga masyarakat sebagai dukun yang mampu mengetahui perkara mistik.

Sejak pertemuan pertama ini, Nuraeni sering datang ke rumah Sudirgo.

Nuraeni berkata, dia sudah jatuh hati kepada Sudirgo sejak pertemuan pertama.

Sudirgo tidak menyangka bahawa pertemuan itu berakhir di jenjang pelamin.

Kedua-dua keluarga tidak menentang perkahwinan yang beza usianya begitu ketara.

Nuraeni mengatakan bahawa anak-anak Sudirgo mulanya meminta dia mencari lelaki lain, tetapi gadis itu tetap dengan pendiriannya.

” Mereka hairan kenapa tidak mencari pasangan yang seusia. Namun saya tetap teguh suka dengan datuk (Sudirgo),” kata Nuraeni.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.