PBAPP nafi khabar angin kononnya paip air pecah

PBAPP nafi khabar angin kononnya paip air pecah

GEORGE TOWN — Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menafikan satu khabar angin kononnya beberapa tempat di kawasan pulau di sini akan mengalami gangguan air selama 72 jam ekoran paip air utama antara Butterworth dan pulau telah pecah.

Ketua pegaw3ai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata syarikat utiliti menerima banyak pertanyaan dari kalangan pengguna domestik dan juga industri berhubung khabar angin itu yang disebar menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa jam lepas.

“Pesanan (WhatsApp) ini tidak benar, dan ia tidak dikeluarkan oleh PBAPP,” katanya kepada Bernama.

Pesanan itu mendakwa antara kawasan yang akan terjejas kononnya susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan ialah Gelugor, Batu Maung dan Bayan Lepas.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.