Zaharuddin: Demi maslahat elok Zakir berdiam diri

Zaharuddin yang juga dikenali sebagai tokoh akademik menambah untuk kebaikan bersama lebih baik Zakir tidak memberikan ucapan berbaur provokasi atau menyindir mana-mana pihak.

Zaharuddin: Demi maslahat elok Zakir berdiam diri

Tokoh kewangan Islam dan syariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini menyarankan Dr Zakir Naik agar berdiam daripada memberi sebarang ucapan yang boleh mencetuskan provokasi terhadap pihak yang tidak suka terhadapnya.

Menurut beliau, kegagalan pendakwah kontroversi itu mengawal percakapannya membolehkan isu yang ada di sekitarnya dipolitikkan.

Hal itu, kata Zaharuddin, hanya akan menyukarkan kerajaan memberikan perlindungan kepada Zakir yang kini dikehendaki oleh kerajaan India.

Menulis dalam kolumnya di Malaysiakini hari ini Zaharuddin berkata, sebagai pemegang status pemastautin tetap (PR), Zakir juga sebenarnya mempunyai hak berbeza berbanding seseorang warganegara.

Zaharuddin yang juga dikenali sebagai tokoh akademik menambah untuk kebaikan bersama lebih baik Zakir tidak memberikan ucapan berbaur provokasi atau menyindir mana-mana pihak.

Katanya, memberikan perlindungan kepada Zakir yang terdedah kepada bahaya di negara asal merupakah maslahat yang selaras dengan Islam.

Pada masa sama, menurut Zaharuddin, menjaga keharmonian serta kestabilan politik setempat juga selari dengan tuntutan agama.

Namun, tambahnya, dalam banyak keadaan, maslahat awam sentiasa perlu lebih diutamakan.

“Pimpinan kerajaan Malaysia ini masih mahu membantu Zakir namun jika dirinya sendiri tidak membantu kerajaan serta tetap dengan gaya dan caranya sendiri, maka tatkala itu, tiada siapa yang patut dipersalah kecuali dirinya sendiri,” tambahnya.

Zaharuddin juga menyarankan agar kerja-kerja dakwah Zakir diteruskan oleh anak-anak muridnya yang lebih memahami situasi negara ini.

Zakir pula, katanya, boleh melaksanakan kelas tertutup bagi melatih kader dakwah sesuai dengan kepakarannya dan ia boleh dibuat tanpa liputan media atau siaran langsung.

“Apapun, Zakir sudah meminta maaf.

“Apa yang kini kita mahukan adalah pemimpin politik termasuk menteri (khususnya menteri perpaduan yang jelas tidak “perform” dalam tugasnya) yang turut pernah mengeluarkan kenyataan perkauman lebih teruk lagi untuk meminta maaf,” katanya lagi.

http://bit.do/e46BZ
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.