6223 pelajar ILJTM terima sijil, diploma dan diploma lanjutan

0
99
Oleh ZIHAN ZARI

 

Seramai 6223 pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dari seluruh negara yang telah menamatkan latihan menerima sijil, diploma serta diploma lanjutan di Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia ke 24 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada lulusan enam bidang latihan iaitu mekanikal, elektrik, sivil, pencetakan, bukan logam dan komputer.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar,”ILJTM sentiasa berusaha menambah baik program latihan Teknikal dan Vokasional selaras dengan teknologi serta keperluan industri.”

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Sutekno Ahmad Belon pula berkata, “lulusan ILJTM diterima baik oleh majikan.

Beliau yakin graduan dari ILJTM akan terus mendapat tempat di pasaran kerja.

Sementara itu pelbagai anugerah telah diberikan sebagai penghargaan di atas pencapaian para graduan, dan pengajar.

Pada majlis tersebut seramai lapan pelajar menerima anugerah kecemerlangan dalam pelbagai kategori.

Muhammad Luqman Hakim Hanipa, pemegang Diploma Kemahiran Malaysia Seramik dari ADTEC Taiping menerima Anugerah Khas Graduan.

Muhammad Nabil Akmal Nasaruddin dan Eishmal Fildza Moozaino menerima Anugerah Graduan Terbaik Diploma Lanjutan dalam Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Elektrik.

Pemegang Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari ADTEC Taiping, Lee Sui Seng dan Faridzul Asyraf Fadzil dari ADTEC Kulim, masing-masing menerima Anugerah Kategori Diploma.

Muhammad Shakir Suid, pemegang sijil Teknologi Mekatronik dari ILP Kangar dan Zulqarnain Marlan, pemegang sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan dari ILP Pasir Gudang masing masing menerima Anugerah Graduan Terbaik Sijil.

Anugerah Pengajar Cemerlang diberikan kepadaPegawai Latihan Vokasional Ubaidullah Mohammad.

Majlis Konvokesyen disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Kula Segaran.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here