Bernikah cara mudah di Kota Bogor

Bernikah cara mudah di Kota Bogor
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

RABU (21 Ogos) menjadi detik bersejarah dan hari bahagia Dian Sopian dan Indri Dwi Lestari apabila mereka diijab kabul dengan disaksikan Datuk Bandar Kota Bogor, Bima Arya.

Bukan itu sahaja, pernikahan mereka juga istimewa kerana diadakan di bangunan beli belah awam (MPP) iaitu Mall Lippo Keboen Raya Bogor.
Pasangan itu tercatat sebagai pengantin pertama yang bernikah di MPP.

Ketua Kantor (pejabat) Urusan Agama (KUA) Bogor Tengah mengakui, sepanjang menikahkan pasangan yang ingin berkahwin, ini kali pertama diadakan di pusat membeli belah awam.

Ini merupakan satu kreativiti yang diperkenalkan pemerintah Kota Bogor kepada masyarakat yang boleh berkahwin secara percuma.

Menurut beliau, pihaknya dalam proses mengajukan supaya kaunter boleh dijadikan pejabat dan pernihakan juga boleh dilakukan secara percuma.

Pengantin lelaki Dian Sopian mengungkapkan, dirinya ditawar untuk menikah di sini dan dia pun setuju kerana ia menjadi satu upacara yang lebih ringkas.

“Kami boleh mengurus segera dokumen penting dan akad nikah jadi mudah dan cepat. Saya dan isteri gembira bernikah di sini dan disaksikan Datuk Bandar Kota Bogor,” katanya.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.