Jangan kibar Jalur Gemilang terbalik

Jangan kibar Jalur Gemilang terbalik
MUHD. Ali Zakariah (berdiri kanan) dan dramatis, Jasmin Hamid (duduk dua dari kanan) bergambar bersama tetamu pada Majlis Penyampaian Jalur Gemilang di Restoran Nabilicious di Shah Alam semalam.
Oleh ARRAZAQ NAZRI

 

SHAH ALAM – Bulan Ulangtahun Kemerdekaan Ke 62 sepatutnya disambut secara meriah tetapi setakat ini,  kempen mengibar Jalur Gemilang

kurang mendapat sambutan.

Menurut Pengerusi NGO 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd. Ali Zakariah, lebih menyedihkan kempen Jalur Gemilang tahun ini dicemari isu Jalur Gemilang dikibar secara terbalik oleh pihak tertentu.

“Jalur Gemilang adalah bendera negara kita bukan simbol kedaulatan negara lain jadi mengapa ia harus diterbalikkan hingga menjadi isu panas di Malaysia. Kibar Jalur Gemilang dengan betul bukannya dengan secara tidak bertamadun.

WAKIL Restoran Nabilicious, Mohd.Khuzairi Mohamad Kamil.

“Sepatutnya kibaran Jalur Gemilang tidak dijadikan bahan politik tetapi sebagai lambang patriotisma rakyat Malaysia. Negara kita sudah aman, salurkan sebarang ketidakpuasan hati di tempat yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Jalur Gemilang di Restoran Nabilicious di Seksyen 14 di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah pemilik Restoran Nabilicious, Mastura Mohd. Kamil dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Anak-Anak Pantai Timur (Peranti).

Sementara itu dramatis terkenal, Jasmin Hamid, yang turut hadir di sini berkata, beliau berasa gembira dan bersyukur kerana negara kita terus kekal harmoni sehingga kini.

“Erti kemerdekaan sebagai anak merdeka pada saya adalah kita bebas untuk ke mana sahaja tanpa sebarang masalah walaupun pada pukul 3.00 pagi.

“Kita juga bebas menentukan halatuju negara dalam suasana aman. Justeru kibarlah Jalur Gemilang di premis perniagaan seperti di sini mahupun di rumah kita dengan cara yang betul, “katanya.

Sementara itu wakil Restoran Nabilicious berkata, Mohd. Khuzairi Mohamad Kamil berkata, program tersebut diadakan atas kesedaran untuk pihaknya meraikan merdeka dengan pelanggan mereka.

“Jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu meraikan kemerdekaan dengan meriah siapa lagi yang akan berbuat demikian. Ini negara kita di sinilah kita lahir dan dikebumikan, In Sha Allah,”katanya.

Dalam program tersebut lebih 1000 Jalur Gemilang diedarkan oleh Muhd. Ali dan pemilik Nabilicious kepada pengunjung restoran dan kereta yang melalui hadapan restoran tersebut.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.