MB Perak diramal rombak Exco

MB Perak diramal rombak Exco
PROF Dr Sivamurugan Pandian

 

SHAH ALAM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diramal melakukan rombakan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, rombakan itu dijangka dilakukan berikutan salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong kini terbabit kes mahkamah atas tuduhan merogol seorang amah Indonesia.

Beliau bagaimanapun berkata, rombakan itu mungkin dalam skala kecil dan hanya melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu bagi memberi laluan pendakwaan kes berjalan lancar sehingga keputusan mahkamah dicapai kelak.

“Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran Exco Perak dalam masa terdekat, lebih-lebih lagi Exco DAP dihadapkan ke mahkamah dan dinasihatkan bercuti oleh Ahmad Faizal sendiri malam tadi (kelmarin).

https://www.sinarharian.com.my/article/44549/BERITA/Politik/MB-Perak-diramal-rombak-Exco
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.