Wanita dakwa boleh bercakap dengan ular

Wanita dakwa boleh bercakap dengan ular
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG wanita di Jawa Tengah mendakwa dirinya boleh bercakap dengan ular sehingga membolehkannya memelihara 16 ekor haiwan tersebut.
Kisah Lydia dari Parakan, Temanggung, Jawa Tengah kini menjadi perbualan masyarakat.

Wanita ini yang memiliki banyak ular peliharaan, mendakwa dia kerap mengajak haiwan berkenaan berbual.

Perkara tersebut dinyatakan Lydia ketika muncul dalam program Brownis, yang dimuat naik dalam saluran Youtube TRANS TV Official, Khamis, 22 Ogos.

Ular yang dibawa oleh Lydia memiliki panjang sampai empat meter, dari jenis ular sawa.

“Bagaimana caranya bercakap dengan ular?” tanya Ruben Onsu selaku hos bersama.

“Sebenarnya binatang ini boleh diajak berbual, kalau kita bercakap pakai perasaan, pakai hati,” ungkap Lydia.

Menurut wanita itu, ular-ular berkenaan kini sudah menjadi jinak dan tidak lagi mengigit tetapi sekadar melilit badannya.

“Saya pelihara 16 ekor di rumah dan tidak berbisa,” kata Lydia.

“Kalau yang dipelihara dari kecil dia tahu, ular itu cuma minta gendong, kalau orang lain, dia melilit,” tambahnya.

Lydia mendakwa ular peliharaannya selalu menurut dengan kata-katanya.

Bahkan ular peliharaan Lydia boleh diajak berkompromi.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.