Guru terima kiriman video lucah ketika mengajar

Guru terima kiriman video lucah ketika mengajar
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SEORANG guru, Lis, 56, DI sebuah sekolah menengah di Palembang, Sumatera terkejut menerima kiriman video lucah dalam telefon bimbitnya.
Video lucah itu dihantar oleh temannya MN yang berusia 60 tahun.

Bukan main terkejutnya Lis apabila menerima video yang dihantar oleh temannya.

Lis yang berasa malu dan geram atas perlakuan temannya tersebut, melaporkan tindakan itu di ibu pejabat Polis Palembang, baru-baru ini.

Lis berkata, video panas itu dihantar ketika dirinya sedang mengajar di sekolah SMP yang menjadi tempatnya bekerja.

Sebagai salah satu tenaga pengajar, dia merasa malu atas pelakuan MN yang menurutnya sengaja mengirim video lucah yang melibatkan adegan tidak senonoh sepasang manusia tersebut.

Namun, Lis tidak mengetahui dengan pasti apa niat dan tujuan video tersebut dikirim.

Sementara itu, Ketua Polis Palembang, Juan Pahrul membenarkan adanya laporan tersebut.

Katanya, suspek boleh didakwa menghantar bahan lucah dan memalukan individu dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 5 tahun.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.