Minta cerai kerana suami terlalu baik

Minta cerai kerana suami terlalu baik
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BIASANYA kita mendengar penceraian berlaku disebabkan hubungan suami isteri yang tidak lagi saling mencintai atau adanya gangguan orang ketiga.

Namun perkara sebaliknya berlaku di Arab Saudi. Isteri menuntut cerai kerana suami terlalu sabar dan sangat mencintainya.

Menurut Tribune News, pasangan berkenaan berkahwin setahun lalu.

Wanita yang berusaha menceraikan suaminya di mahkamah syariah di Fujairah, Arab Saudi, dia tertekan dengan cita dan kasih saying yang diberikan suaminya.

Suaminya dikatakan terlalu sabar dan tidak pernah dimarahi atau bertegang urat dengannya. Bahkan pasangannya itu turut membantu tugas-tugas di rumah, seperti kerja pembersihan.

“Saya sangat ingin adanya perselisihan. Perkara ini nampaknya mustahil kerana suami terlalu romantis yang selalu memaafkanku dan menghujani aku dengan hadiah,” kata beliau.

“Saya tidak mahukan hubungan yang tenang seperti ini,” Ujarnya.

Suami wanita yang turut hadir di mahkamah menyatakan dirinya terkejut dan merasakan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dia berkata, apa yang dilakukan adalah untuk menjadi seorang suami yang sempurna dan baik hati tetapi apa yang dilakukan itu dianggap berlebihan sehingga isterinya meminta cerai.

Suami wanita itu berkata, dia berusaha keras untuk menyenangkan isterinya.

“Tidak adil untuk menilai perkahwinan pada tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesalahan mereka,” kata lelaki itu, menurut Khaleej Times.

Suami wanita itu beruntung kerana mahkamah menunda kes berkenaan untuk memberi kedua pihak kesempatan berdamai.

– BebasNews
Please follow and like us:
error

2 Responses to "Minta cerai kerana suami terlalu baik"

  1. basodia  26/08/2019 at 9:22 pm

    ini perempuan sakit mental.

    Reply
  2. Nizz  29/08/2019 at 2:51 am

    Haahah suami baik pon salah?
    kalu aku pegawai pejabat cerai tu tak tau nak sedih ke nak ketawa.
    Hais nasib la … kasi hadiah selalu fuyoh..! Tupon nk cerai lawak..!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.