[VIDEO] Negeri Sembilan kekal juara atasi Selangor

[VIDEO] Negeri Sembilan kekal juara atasi Selangor
Oleh TL ANG

 

KUALA LUMPUR –-Negeri Sembilan meneruskan keperkasaan dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Kriket Melayu Antara Negeri apabila memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun kedua berturut-turut di Bayuemas Oval, Klang berakhir 25 Ogos 2019.

Setelah ketinggalan 51 larian dalam ining pertama kepada Selangor, pasukan itu mampu menguasai babak kedua apabila menghentikan pukulan lawan setakat 39 larian bagi memberikan kemenangan 79 larian kepada Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan yang tiada pilihan berdasarkan kepada kelebihan ining pertama Selangor telah membuat deklarasi pada kedudukan169-6 dalam sesi kedua untuk meletakkan sasaran 119 bagi Selangor meneruskan pukulan.

”Kami tertiarap berikutan pelbagai tekanan di lapangan tengah. Apabila lima pemukul dipulangkan ke astaka, peluang Selangor dirasakan semakin tipis,” kata kapten Selangor, Faizshal Niaz-Lyn.

Lima pasukan utama beraksi dalam saingan merebut Perisai Raja-Raja sejak awal tahun dengan Negeri Sembilan mendahului senarai pungutan masa sebaik sahaja menamatkan liga satu pusingan.

”Tahun 2020 kami akan menyediakan pasukan yang lebih kental dengan kemasukan lima pemain nasional yang dibekukan penyertaan oleh Kriket Malaysia bagi mengharungi saingan ini,” kata ketua pasukan Negeri Sembilan, Azman Tajri.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1951 dikendalikan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN
Negeri Sembilan kalahkan Selangor dengan 79 larian.

Ining pertama:
Negeri Sembilan 135 (57.3 over) Zaid Asyraf Nor Azmi 55, Ainool Hafizs Yatim 21, Nik Azril Ariffin 13, Masrulnizam Masrom 12, Fendy Alias 11. Nik Nazran Sufri Anuay 4-26, Kairul Azrin Matsiah 3-80, Norhamizan Hamidon 2-17.

Selangor 186 (73.3 over) Ammar Uzair Fakri 60, Amdam Wiliyoh 39, Wan Azam Ahmad 31, Faizshal Niaz-Lyn 15, Hadi Halem 15. Masrulnizam Masrom 6-23, Mahathir Razali 3-23.

Ining kedua:
Negeri Sembilan 169-6 dec. (33.1 over) Aminudin Ramly 62, Fendy Alias 56, Ainool Hafizs Yatim 16, Nik Azril Ariffin kekal 15. Amdam Wiliyoh 4-48.
Selangor 39 (36.2 over) Masrulnizam Masrom 4-15, Nik Azril Ariffin 4-16.

Pemain terbaik babak akhir: Masrulnizam Masrom (NS)

Pemain terbaik kejohanan: Norhamizan Hamidon (SEL)

Pemukul terbaik: Fendy Alias (NS)
Pembaling terbaik: Fhadli Ishak (TEN)
Penjaga wiket diminati: Zubair Asyraf Nor Azmi (NS)

Pengadil: Bertle A. James (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL)

Please follow and like us:
error

One Response to "[VIDEO] Negeri Sembilan kekal juara atasi Selangor"

  1. Ab Rashid Md Yasin  25/08/2019 at 9:49 pm

    Syabas Persatuan Kriket Melayu Malaysia. Perkasa mengelola hingga kini.

    Soalan saya, adakah Raja² Melayu kita kini tahu akan kewujudan kejohanan gemilang ini? Dahulu mungkin tahu kerana ia permainan mereka yang tergolong bangsawan.

    Kiranya tidak, wajarlah juga diperingatkan kembali kepada tuanku agar sokongan istana dapat dihulur baginda.

    Perbualan ringkas bersama² pemain, terdengar sedikit keluh kesah kerana harus mencari dana pasukan sendirian

    Harap ada sinar tajaan istana untuk kejohanan akan datang.

    Apapun jua, syabas kepada semua komiti yang berjaya mengharungi kelas² pengurusan persatuan dibawah bimbingan serius saudara Rosmanizam Abdullah.
    Tahniah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.