Berjalan kaki bawa mayat anak balik, klinik enggan sediakan ambulans

Berjalan kaki bawa mayat anak balik, klinik enggan sediakan ambulans
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PERISTIWA mengharukan terjadi di Kota Tangerang, Jawa Barat yang menyaksikan seorang ayah mengendong jenazah anaknya.

Seorang lelaki warga Kampung Kelapa, Kelurahan Kelapa Indah, Kota Tangerang terpaksa mengendong jenazah anak, Muhamad Husen, 8, pulang setelah Klinik (Puskesmas) Cikolol enggan menghantar ke rumah menggunakan khidmat ambulans.

Berita ini tular dalam media sosial, seperti pada muat naik twitter @yuni_rusmini, Minggu (25/8/2019).
Peristiwa ini terjadi pada Jumaat, 23 Ogos sekitar pukul 14.30 WIB.

Berdasarkan maklumat, Muhamad Husen merupakan mangsa lemas di Sungai Cisadane, lapor Tribune News
Kanak-kanak lelaki malang itu dikejarkan orang ramai ke Puskesmas Cikokol bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Malangnya setiba di Puskesmas, Muhamad Husen gagal diselamatkan.
Ayah Husen meminta pihak Puskesmas menghantarkan jenazah anaknya ke rumah.

Pihak Puskesmas menolak untuk menghantar jenazah dengan alasan van ambulans hanya untuk mengangkut pesakit.

Ayah Husen yang kecewa dengan penolakan itu mengangkat sendiri mayatnya dan dibawa pulang dengan berjalan kaki.

Dia memangku jenazah anaknya menuju jambatan penyeberangan dengan kejadian pilu itu disaksikan beberapa orang lain.

Ketika ayah Husen menaiki tangga jambatan penyeberangan, terdengar seorang pemandu memanggil untuk memberikan pertolongan dan menumpangkannya pulang.

Kejadian ini menyentuh hati warganet dan ramai yang tersinggung kerana tindakan yang terlalu mengutamakan soal SOP daripada kemanusiaan.

Dlam kejadian ini, Jabatan Kesihatan Tangerang meminta maaf kepada keluarga mangsa berkenaan.

Pihak berkuasa Kota Tangerang dikatakan memiliki khidmat van jenazah percuma yang dapat dimanfaatkan masyarakat dan ambulans hanya untuk kegunaan pesakit tenat.

BebasNews.
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.