UMMAH serah resolusi perkasakan Melayu Islam

UMMAH serah resolusi perkasakan Melayu Islam
Oleh ZIHAN ZARI

 

GERAKAN Pembela UMMAH serah tujuh resolusi piagam pemuafakatan nasional ketika suara-suara menghina Melayu dan Islam semakin lantang kedengaran.

Terdapat pihak secara licik mendesak pelbagai perubahan dalam undang-undang, dasar dan dasar kerajaan dan semakin berani mencabar kedudukan Islam, membawa pemikiran ekstrem dengan menghina, kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional, di Kuala Lumpur yang meluluskan tujuh resolusi.

Resolusi-resolusi itu ialah:-

1. Mempertahankan institusi-institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung agama dan negara.

2. Memperkasakan sistem pendidikan berteraskan agama Islam, integrasi kaum dan nilai budaya nasional.

3. Meletakkan asas akidah kepada Sunnah Wal Jamaah sebagai teras agama madani negara.

4. Membangunkan ekonomi mengikut agihan demokrasi dan keperluan asas negara.

5. Membentuk dasar sosial yang berindekskan keharmonian dan kesejahteraan bersandarkan kepada syariat dengan merujuk Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.

6. Melibatkan peranan NGO- NGO dan tokoh-tokoh masyarakat di dalam pentadbiran dan pembuatan polisi-polisi utama negara.

7. Memartabatkan institusi ulama sebagai satu cabang kekuatan bagi mengimbangi kepada sistem pentadbiran negara.

Kesemua tujuh, resolusi telah disepakati bersama dan diputuskan dalam konvensyen ini dan kemudian diserahkan kepada wakil-wakil UMMAH negeri dan parti-parti politik Melayu.

Konvensyen ini dihadiri, pendakwah bebas Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Ismail Mina, Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzman Mohammad, Setiausaha Agung Majlis Perunding Melayu (MPM.
Turut hadir, Datuk Dr. Hasan Mad, Mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Emeritus, Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.