Inovasi baharu, kuih bulan petai

Inovasi baharu, kuih bulan petai
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PELBAGA cara digunakan untuk melariskan jualan dan yang terbaharu ini memang amat berbeza.

Terbaharu, petai  dijadikan antara adunan inti dalam penghasilan kuih bulan yang semestinya menghadirkan diri sempena sambutan Pesta Kuih Bulan di Malaysia.

Menurut CNN Indonesia yang memetik portal World of Buzz, sebuah syarikat pengeluar roti di Ipoh, Perak menjadikan petai dan sayuran lain sebagai inti kuih tersebut.

Bezanya kuih bulan petai ini tidak manis seperti kuih lain, tetapi sebaliknya berasa pedas.

Pemilik kedai roti yang menghasilkan kuih bulan versi ini berkata, inti kuih bulan dibuat menggunakan kentang dan rempah yang ditambah dengan biji petai. Ia menjadi cita rasa pilihan baharu kerana ia mempunyai bau yang unik.

Bagi bukan penggemar daging, kuih bulan petai ini sesuai untuk mereka kerana tidak mengandungi lemak babi atau daging lain, kecuali sayur dan rempah.

Selain daripada menghasilkan kuih bulan, kedai ini juga menawarkan roti kukus petai, petai cucur udang, serta sambal petai. Tertarik untuk mencubanya?

– BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.