Iklan McDonald’s Malaysia perlekeh nasi lemak Singapura?

Iklan McDonald’s Malaysia perlekeh nasi lemak Singapura?

LAZAT… Rangkaian restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia terbitkan satu iklan baharu yang niatnya promosi menu Nasi Lemak McD paling baru, berjudul ‘Nasi Lemak MY vs SG’.

Ia bermula dengan seorang wanita Malaysia dan mungkin rakan lelakinya dari Singapura yang ingin menikmati makan malam di sebuah medan selera terkenal dikenali sebagai Lau Pa Sat.

Namun klip video ini juga paparkan sikap budaya ‘kiasu’ orang Singapura apabila dilihat lelaki itu letak paket tisu di atas meja untuk dapat tempat duduk serta potong giliran waktu beratur.

Setelah dia membeli hidangan nasi lemak dari sebuah warung yang bernama, “Best Nasi Lemak Singapura”, lelaki itu hairan apabila kawan perempuannya tetap menolak makanan tersebut.

Ternyata dia telah membawa nasi lemaknya sendiri dari Malaysia. Suara iklan dengan bangga menyatakan, “Tidak ada yang boleh memisahkan rakyat Malaysia dan makanan nasi lemak.”

Menurut agensi berita Asia One dipetik Berita Harian Singapura, ramai netizen yang meluahkan perasaan kecewa terhadap iklan itu dan menyatakan imej rakyat Singapura seumpama diserang.

Bagaimanapun di Malaysia pula, terdapat pelbagai respons diterima terhadap iklan itu. Ada yang menunjukkan kebanggaan mereka terhadap makanan popular tersebut dijual di Malaysia.

Ada juga pengguna media sosial Malaysia yang menyatakan bahawa nasi lemak di Adam Road, Singapura adalah paling baik sehingga turut jadi tumpuan warga Malaysia termasuk pelancong.

Cef selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, pernah beri pandangannya mengenai penyenaraian warisan penjaja Singapura di peringkat UNESCO.

Beliau berkata, “Tidak perlu Singapura umumkan kepada dunia bahawa anda mempunyai ini atau itu. Kita sudah bertengkar atas sebab-sebab lain, seperti tuntutan wilayah, minyak, dan air.”

Chef Wan sebaliknya menambah: “makanan tempatan seharusnya dinikmati oleh semua orang dan bukan untuk bertengkar bahawa negara siapa yang sebenarnya patut memilikinya.”

Namun, mengenai persoalan sejak sekian lama isu makanan Singapura berbanding dengan Malaysia – buat apa bertengkar apabila ada ruang positif untuk menerima kedua-duanya?

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.