Larian malam sempena Kemerdekaan, Hari Malaysia 15 September ini

0
82

KUALA LUMPUR – Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 (SMNR2019)  akan diadakan pada 15 September ini  sempena dengan sambutan bulan Merdeka pada bulan Ogos dan juga Hari Malaysia pada bulan September.

Acara larian waktu malam ini akan berlangsung di Universiti Malaya, di sini yang bakal memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan yang dikecap selama 62 tahun, menurut satu kenyataan di sini hari ini.

Sebagai menyokong dan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Elite Minuman Organik  menjadi minuman rasmi untuk acara ini serta boleh dinikmati oleh pengunjung dan peserta larian.

Elite Organik terdiri daripada tiga kategori produk  iaitu Elite Jus Organik 100 peratus buah buahan, Elite Organik Detox dan juga Elite Organic Smoothie .

Turut  menjadi “Rakan Penaja Bersama Minuman SMNR 2019” ialah Minuman  “Spring Water” jenama Sirma dan Hamidiye. Ketiga-tiga merupakan jenama import dari Turki yang dipasarkan oleh syarikat  Ramer.

Acara SMNR 2019 kali ini bertemakan “Glow In The Dark” dan juga bakal menonjolkan pengisian yang bercirikan kejayaan Malaysia sejak era 60an hingga sekarang.  Antara yang menarik adalah dendangan lagu-lagu Patriotik, persembahan seni rakyat dan persembahan “LED Colours Of Drum “ yang akan memainkan lagu lagu Patriotik serta Konsert Kugiran Masdor & Friends.

Terdapat 3 kategori Larian iaitu 3KM – beginners & family run, 5KM – Patriot Run, 10KM – Vision Run.  Terdapat juga hadiah misteri seperti Pakaian Beragam Terbaik bakal dimenangi oleh peserta larian. Acara larian ini juga turut menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai melebihi RM20,000.

Apa yang menariknya kali ini adalah penglibatan Kumpulan Kugiran Masdo sebagai Rakan Artis Larian Semarak Merdeka Night Run melalui Konsert Kugiran Masdor & Friends bertemakan Semangat Merdeka Anak Muda.

Penglibatan Kugiran Masdo ini adalah sebagai salah satu cara mereka menghayati kemerdekaan  dan menzahirkan rasa cinta pada Negaraku Malaysia dengan mengajak anak-anak muda iaitu generasi muda Malaysia bersama-sama meraikan sambutan Hari Merdeka dan Malaysia dengan semangat cintakan negara dengan penuh ikhlas dan tulus.

Kugiran Masdor sangat terkenal dengan lagu-lagu bertemakan kugiran 60an bakal memeriahkan dan membakar semangat anak-anak muda dalam menghayati sambutan kemerdekaan dan juga sambutan Hari Malaysia.

Selain itu para peminat Kugiran Masdo akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah khas dan  limited edition dalam acara antaranya   100 slot khas Sesi Meet & Greet semasa hari acara, Medal Larian Limited Edition Masdo , T-shirt khas larian dengan tandatangan Masdo turut diberikan kepada mereka yang bertuah jika mereka mendaftar untuk Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 ini.

SMNR juga dijangka disertai beberapa selebriti tanah air  lain seperti Keena Mentor, Zarina Maharaja Lawak, dan ramai lagi. Terdapat juga daya tarikan lain seperti acara Zumba, battle of flash mob, face painting, gerai-gerai pameran dan jualan serta food truck turut disajikan kepada para pengunjung pada hari acara nanti.

Untuk menyertai Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 sila layari pautan berikut:

https://sportsevents.asia/event/semarakmerdekanightrun

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here