Pelancong Malaysia paling ramai kunjungi Medan

Pelancong Malaysia paling ramai kunjungi Medan
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PELANCONG Malaysia merupakan pelancong asing paling ramai mengunjungi Medan bagi tempoh sehingga bulan Ogos tahun ini.

Bilangan itu mewakili 60 peratus daripada pelancong luar negara, yang memberi sumbangan ekonomi yang besar kepada sektor pelancongan di wilayah Utara Sumatera.

“Berdasarkan data statistik, 60 peratus pelancong yang berkunjung ke Indonesia adalah dari Malaysia, selebihnya pelancong dari negara-negara lainnya,” kata Ketua Jabatan Pelancongan Medan, Agus Suryono, baru-baru ini.

Dia menambah, majoriti para pelancong datang ke Kota Medan adalah untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang ada di Kota Medan dan tempat pelancongan lain di Sumatera Utara seperti Danau Toba.

Selain itu, para pelancong juga tertarik dengan beraneka makanan khas kota Medan.

“Para pelacong sangat tertarik akan tempat-tempat bersejarah di Medan seperti Istana Maimun, Masjid Raya, dan tempat bersejarah lainnya,” ujarnya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.