Menteri Pertahanan ucap takziah kematian pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas

1
93
ALLAHYARHAM Mejar Mohd Zahir Armaya

 

KUALA LUMPUR — Menteri Pertahanan Mohamad Sabu merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas yang maut ketika demonstrasi sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5Divisyen) pagi tadi.

Mohamad berkata, allahyarham yang juga anak kepada seniman AR Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada jam 9,20 pagi.

Katanya, ia khabar duka bagi Kementerian Pertahanan dan amat bersimpati atas kejadian itu.

“Saya berharap agar keluarga allahyarham tabah menghadapi kejadian yang berlaku.

“Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga allahyarham,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MEJAR Mohd Zahir Armaya disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.

Demonstrasi yang dipersembahkan beliau bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan kumpulan demonstrasi itu adalah persembahan ketiga yang dilakukan.

Ketika kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

-NSTP
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Gimik pasukan khas komando bukan lah perkara baru: Sudah menjadi tradisi.
    2. Mengikut aturan alam, jika 100 perkara/persembahan/lakonan dan apa juga perkara sewaktu dengan nya dilakukan, kewujudan 1 kecelakaan adalah perkara yang sukar dielakkan.
    3. Tujuan nya agar kita mengambil iktibar dan sebagai Panduan untuk masa yang akan datang; “as a buffer solution”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here