Halal atau tidak? Jakim perjelas status halal minuman Tealive

Jakim turut menasihati masyarakat agar menjadi pengguna bijak, bermaklumat dan berakhlak mulia supaya tidak mudah dipengaruhi maklumat palsu.

Halal atau tidak? Jakim perjelas status halal minuman Tealive

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan produk minuman teh boba Tealive mengandungi unsur babi seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jakim dalam kenyataan media berkata syarikat Loob Integrated Sdn Bhd yang mengeluarkan minuman itu pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara,” katanya.

Jakim turut menasihati masyarakat agar menjadi pengguna bijak, bermaklumat dan berakhlak mulia supaya tidak mudah dipengaruhi maklumat palsu.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik Jakim di Facebook, tular mesej mendakwa Jakim mengesahkan Tealive menggunakan bahan “mono diglycefi deswhich dr animal origin (pork)”.

http://bit.do/e64Bq
Please follow and like us:
error

One Response to "Halal atau tidak? Jakim perjelas status halal minuman Tealive"

  1. Nahan  11/09/2019 at 10:33 am

    Masalah masyarakat Malaysia terutama org melayu suka viralkan. Informasi tanpa menggunakan akal yg logik. Hanya untuk boykot produk produk bukan bumi putra, mcm mcm teknik di gunakan. Kalau nak sangat biykit memgaoa beli rumah dari pemaju bukan bumi putra. Mengapa beli kereta buatan bukan bumi putra. Mengapa beli sayur Dan lain produk dari pasar. Mengapa terima duit dari bukan bumi putra. Tak takut ker mungkin duit tu tukar tangan dari org kafir.
    Mengapa lah org kita mcm ini. Terlalu pemandangan cetek. Sampai bila negara nak maju.
    Jangan aniyakan org lain demi mempertabatkan melayu. Agama Islam tak ajar begitu. I respek Islam. Islam tu suci. Jangan lah memperkecilkan agama. Tolong lah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.