Kita hanya tahu membina bangunan: Kisah di Putrajaya

Bahagian siling pula kelihatan hampir roboh. Kebetulan ada pekerja pembersihan bertugas, dan bila ditegur kenapa kotor, jawapannya “entah!”.

Kita hanya tahu membina bangunan: Kisah di Putrajaya
Oleh DR SARIMAH ISMAIL

 

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo semasa melawat Malaysia baru-baru ini, menyatakan bahawa beliau akan membina ibu negara baru Indonesia di Kalimantan.

Ia bakal menyaksikan peralihan ibu negara Jakarta ke Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur.

Menurut beliau, model ibu negara baru ini adalah seperti Putrajaya di Malaysia dan ibu-ibu kota negara lain.

Kekaguman beliau terhadap pembangunan Putrajaya yang tersusun, dengan bangunan-bangunan tersergam indah dan persekitaran yang cantik menjadi alasan beliau membangunakan pusat pentadbiran ala Putrajaya.

Memang jika dilihat dengan mata kasar, Putrajaya memang hebat, sehebat Pedana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan Putrajaya ini.

Sebab itu Putrajaya menjadi salah satu destinasi pelancongan di Malaysia.

Malangnya, selama beberapa kali dan hari berurusan dengan salah satu agensi kerajaan di Putrajaya, berkaitan lawatan seorang rakan dari Jepun, melenyapkan kekaguman saya ke atas bangunan di Putrajaya.

Agensi yang mengendalikan ramai pelangan dari dalam dan luar negara ini, mempunyai bangunan yang cantik, secantik bangunan-bangunan lain yang ada di Putrajaya.

Tetapi jika mahu membuang hajat atau ke bilik air, eloklah menahan diri.

Tandas-tandas yang ada dalam bangunan ini amat kotor.

Langsung tidak diselenggara dengan baik.

Semasa ingin memasuki tandas di belakang sebuah restoran di tingkat satu, hanya satu tandas boleh digunakan.

Tandas tidak boleh dipam, tandas lain pula dipenuhi najis dan ketiga-tiga sinki basuh tangan tersumbat dan dipenuhi air kotor.

Bahagian siling pula kelihatan hampir roboh. Kebetulan ada pekerja pembersihan bertugas, dan bila ditegur kenapa kotor, jawapannya “entah!”.

Oleh kerana tandas yang menjijikkan, saya pergi pula ke tandas di bahagian bawah (Ground Floor). Sekali lagi saya terperanjat. Lebih elok sedikit, tapi kategorinya tetap sama – kotor!

Bila sahabat saya dari Jepun hendak ke tandas, saya tidak benarkan kerana akan memalukan saya sendiri dan negara.

Saya membawa beliau ke Precint 8, berdekatan sebuah stesen minyak. Oleh kerana tandas di stesen minyak tutup, maka saya meminta beliau menggunakan tandas di kawasan pusat perniagaan di situ.

Cerita tandas di situ sama dengan tandas agensi kerajaan tadi.

Semasa keluar dari agensi kerajaan tadi, saya melalui ruangan di mana ada peniaga-peniaga berniaga.

Bangunan ini mempunyai tiang-tiang sokongan (pillar yang cantik) tetapi malangnya, jubin-jubin yang menutupi tiang-tiang ini telah tertanggal, pecah dan pecahan juga terdapat di bahagian luar bangunan.

Yang paling menakutkan rekahan pada tiang, yang jika tiada tindakan segera akan mengundang bahaya.

Kesimpulan yang boleh dibuat, Malaysia mungkin boleh berbangga dengan pembinaan bangunan-bangunan besar, cantik tapi bila bab penyelenggaraan memang kita terkebelakang.

Di tambah pula dengan sikap rakyat Malaysia sendiri yang tahap kebersihan jauh kebelakang berbanding dengan Thiland hatta Indonesia sendiri di Asia Tenggara.

Tun Dr Mahathur mungkin hanya menjejakkan kaki pada satu dua bangunan aja di Putrajaya, tapi sekali sekala beliau perlu menyamar bagi melihat keadaan sebenar pada bangunan-bangunan lain di Putrajaya.

Penyenggaraan fasiliti di Malaysia berada di tahap yang rendah.

Semasa balik berhari raya baru-baru ini, tandas-tandas tambahan yang disediakan oleh PLUS sangat kotor, penuh dengan tisu-tisu, lampin pakai buang kanak-kanak dan pelbagai sampah sarap lagi.

Di taman-taman awam pula, terdapat kemudahan-kemudahan awam seperti bahagian permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara dengan baik.

Penyenggaraan yang tidak mengikut jadual sering menjadi punca kepada kerosakan-kerosakan kemudahan-kemudahan awam.

Penyelenggaraan yang lemah, tabiat dan mentaliti negara ke-3 masih menguasai majoriti rakyat Malaysia.

Sehebat mana pun pembangunan bangunan dan infrastruktur di negara kita, tetapi jika rakyat masih berfikiran mentaliti negara ketiga, kita tidak akan menjadi masyarakat yang maju.

Kita tidak pernah menganggap kemudahan awam yang disediakan seumpama kemudahan yang ada di rumah kita sendiri.

Sebab itu kita mempunyai sikap “tidak kisah” terhadap semua kemudahan awam yang disediakan untuk kita.

Fungsi menyelengaraan bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan, sistem, peralatan beroperasi dalam kecekapan yang maksimum tetapi bagi memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan perundangan seperti selamat, kondusif, keselamatan dan bangunan yang berkualiti.

Menghayati kata-kata mantan Pedana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa pembukaan Kuala Lumpur 21 Convention and Exposition pada Februari 2001, “Jika rakyat mengubah mentaliti mereka menjadi lebih prihatin, terhadap keperluan menyediakan perkidmatan yang baik serta memperbaiki penyelenggaraan sesuatu bangunan, kita akan sentiasa menjadi dunia ketiga yang mempunyai infrastruktur negara dunia pertama”.

Sehingga ke hari ini keadaan tidak berubah. Bangunan negara maju, penyelenggaraan negara ketiga!

— BebasNews
Please follow and like us:
error

2 Responses to "Kita hanya tahu membina bangunan: Kisah di Putrajaya"

  1. Jeff  08/09/2019 at 7:41 am

    Bangunan 2G4 ni ramai warga orang luar yg datang..mcm2 jenis org (bangla, nepal, etc)..bau mmg xleh tahan la..bukan org malaysia yg xsuka kebersihan. Tetapi org luar yg xpandai guna flush yg canggih, tekan pili air kat singki pun xpandai..jahanam2..duit penyelenggaraan dari contractor bazir rugi mcm tu..claim ikut kat JKR ikut contract..bila ada byk vandalism contractor fasiliti plak kena tanggung..sebab tu di biarkan cam tu..security xda nak buat rondaan ke..fasility situ and security situ lain syarikat n lain pengurusan atas nye..bukan dari JKR..benda ni tetap problem kat JKR..sbb hanya taw push contractor fasiliti settlekan..cost tetap mcm contract. Perghhh kalo setiap mggu kena tukar je mampuih la syarikat..bile bg cadangan upgrade material tahan kuat, kena tggu peruntukan. JKR mmg kena review balik contracy fasiliti yg dorg open tender tu..taw copy yg tahun2 sebelum nye je..pemalas betul..kalo DR nak taw..benda xrepair sebab pihak JKR n contractor fasiliti xnak tanggung di atas kerosakan vandalism ni..

    Reply
  2. Noordin  09/09/2019 at 3:24 pm

    Setuju dgn pendapat jeff. Pernah nampak sendiri perangai foreigners ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.