Mahathir Oh Mahathir

Mahathir Oh Mahathir

MENGIKUT kisah dalam ‘Ramayana’ Sri Rama menaiki rata.

Dalam ‘Hikayat 1001’ Malam pula kisah permaidani terbang sebagai kenderaan mereka yang punya kesaktian kuasa.

Hari ini Tun Mahathir, PM berusia 94 tahun, masih bertenaga mengembara dari negara ke negara lain dengan private jet milik kerajaan.

Bagi seorang lagi yang meroyan menjadi PM dia pinjam private jet taikun Cina yang menanam modal dan budi dengan harapan orang itu bisa jadi PM nanti.

Kerajaan PH setahun jagung menetaskan banyak masalah akibat mainan politik para menteri syok sendiri, otak di lutut, kaduk naik junjung.

Ada menteri buat gempaq menunjukkan kebodohannya hendak impot pak itam dari Afrika menjadi tenaga pekerja di sini. Bila ditegur PM dan dikecam oleh rakyat dia minta maaf atas ketololannya.

Kini dia gempaq lagi dengan kenyataan hendak lanjutkan usia pekerja dari 60 tahun menjadi 65 tahun. Lagi sekali mamat ini dikecam hebat oleh rakyat jelata. Nampak sangat otaknya di lutut, dan tidak memikirkan nasib beratus ribu para mahasiswa yang masih menganggur.

Dia juga tidak mengambil kira projeksi pembangunan ekonomi negara dan modal insan yang bakal melaksanakan pembangunan negara itu.

Apakah ‘productivity’ orang tua berusia lebih 60 tahun lebih hebat dari mereka yang berusia 40an dan 50an?

Mamat ini juga menimbulkan kontroversi mempertikaikan Melayu sebagai pribumi negara tercinta ini.

Memang dia tak layak jadi menteri tetapi inilah pilihan DAP.

Apakah pengembaraan Tun M menjelajah dunia dalam usia lanjut untuk memberi selamat tinggal pada para pemimpin kenalannya?

Atau apakah lawatan yang amat kerap berlaku kerana dia hendak meminta bantuan tertentu dari para pemimpin negara-negara yang dilawatinya? Atau apakah lawatan ke luar negara itu sebagai suatu ‘pelarian’ dari timbunan masalah negara dan parti yang dia tidak mampu mengatasinya lagi?

Mahathir perlu menghadapi kenyataan. Pakatan Harapan akan hilang harapan kembali berkuasa selepas PRU 15.

Empat parti ini tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Beliau perlu berusaha menyatukan Melayu/Bumiputra Islam yang berpecah sekarang.

BERSATU tidak boleh menarik keahlian Melayu/Bumiputra Islam menyertainya kerana kepimpinannya koro, lemah dan tak ada pengaruh di kalangan rakyat.

Hari ini UMNO, PAS akan bersatu tenaga dalam wadah Melayu/Bumiputra Islam. Kedua parti akar umbi keahlian kuat dan mempunyai sejarah perjuangan yang lama. Jangan memandang remeh perpaduan ummah UMNO dan PAS.

Sekiranya kedua parti ini dibersihkan dari para koruptor kelas jerung besar kemungkinan banyak ahli baru akan menganggotai kedua parti itu kelak.

Tali hayat politik PH ada pada Tun M. Sekarang beliau boleh menjelajah seluruh dunia dengan bebas sebagai PM. Bila dapat seruan Allah hilang kuasa dunia. Hilang Mahathir maka hilanglah kereta terbang, putus sudah tali harapan untuk PH kembali berkhayal sebagai bapak dan ibu menteri lagi.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

9 Responses to "Mahathir Oh Mahathir"

  1. Zimi Mohd  09/09/2019 at 8:10 am

    That’s is a truht storyn reality becoming Pak Ya 🤗🤭🤫💚💙👍

    Reply
  2. Zaharah nordin  09/09/2019 at 1:01 pm

    Bila sang tua menghasut pemikiran Rakyat dan terleka yang menjadi mangsa hasutan adalah wakil bagi pihak YDPA mentadbir Negara .

    Reply
  3. Mageswaran  09/09/2019 at 1:15 pm

    APA Yang boleh saya belajar Dari karangan ini cuma Saturday saja. Karangan ini adalah macam ugutan. Mahathir boleh kerja pada usia 94 APA salahnya rakyat kerja sampai 94.

    Reply
  4. Kamu jadi PM lah  09/09/2019 at 1:38 pm

    Nak bina istana pun kena 5 tahun bukan 5 hari….. sesiapa boleh bina istana dalam 5 hari…. tolong lah jadi PM besok… kita rakyat lagi rasa lega dan akan sokong. Kerajaan yang dulu PRU 12 Dan 13…. lagi teruk sampai duit rakyat di pakai , di goreng, di bungkus, di makan, sampai hari ini….Pun tak mengakui lagi. Sampai PRU 14 kerajaan baru kena cuci lah Kotor. Banyak banyak Kotor ,banyak lapis kena cuci bagi lah sikit masa untuk cuci kotor.

    Reply
  5. fauzi  09/09/2019 at 1:55 pm

    pak ya ,, u should retired from giving polictical comments & stay focus to face alam barzakh soon

    Reply
  6. MSA  09/09/2019 at 2:24 pm

    Asalammualaikum,
    Pak Ya
    Jangan marah!!!!
    Hasil penulisan 60 buka, apa kah Hajat Tuan menulis.
    Nawaitu?
    *Making fun towards others
    *Be little others
    *Insulting others
    How far do you think you like to continue your life journey condemning others.
    ZERO constructive
    Who are you and why are you doing all this. You make money from hating others.
    Maybe Malaysia has population of 30 million…. Maybe you have 5% follower (1.5 million) just like you

    I Pray to Allah SWT to give you Hidayah.

    To me I will consider you as one small black dot in the big white board.

    I don’t know you Pak Ya and I don’t hate you. I wish you spend ten minutes of you time.
    Look at your self.
    Nothing wrong to make your final journey start writing all the beautiful thing Allah SWT created in state of writing ugly things about others.

    Maaf saya Pak Ya
    Wasalam

    Reply
  7. Mej.(B)Hamzah  09/09/2019 at 6:09 pm

    Bnyk lgi menulis pkya…. Cuba menulis yg membina akhlak mrk yg membaca…. itu ya..

    Reply
  8. Zai76  09/09/2019 at 11:01 pm

    Salam pak ya. Penulisan pak ya mmberi byk gmbrn negatif sdgkn kerajaan nmpk sdg berusaha Bersungguh2 utk mmulihkn kekotoran kerajaan dahulu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.