Tentera China guna dron Spiderman tangkap pesawat kecil

Tentera China guna dron Spiderman tangkap pesawat kecil

BEIJING – Pihak keselamatan China dilaporkan berjaya memajukan sebuah dron pemburu yang boleh bertugas untuk tangkap dron musuh atau pesawat saiz lebih kecil dengan kaedah unik.

Dron tanpa pemandu dan kawalan jauh itu berupaya keluarkan jaring seperti watak adiwira Hollywood, Spiderman. Ia dihasilkan China Aerospace Science and Industry Corporation.

Sistem pesawat pemburu itu malahan boleh diintegrasikan dengan pusat pertahanan China dan berupaya tembak jaring seluas 16 meter persegi, lapor stesen penyiaran antarabangsa CNN.

“Setelah ditangkap oleh jaring dron Spiderman itu, maka pesawat atau dron milik lawan bakal hilang tenaga sebelum jatuh ke tanah,” ujar pihak tentera China melalui laman sesawangnya.

Selain buru pesawat musuh, dron Spiderman itu juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan misi pengawasan dan pemetaan kawasan kerana dianggap lebih praktikal serta jimat kos selenggara.

Drone Spiderman merupakan senjata angkasa kedua dipamerkan China selepas bulan lalu, pihak tentera negara itu perkenalkan LJ-1, sejenis dron dengan sistem ghaib untuk perang.

Ia mampu bantu pasukan China jika terlibat konflik dengan jet tempur generasi kelima Amerika Syarikat (AS), F-35, namun LJ-1 direka sebagai sasaran latihan ketika simulasi latihan tempur.

Satu rakaman video yang disiarkan pihak tentera China memperlihatkan bagaimana pesawat pengebom melepaskan sejumlah dron LJ-1, dan dibuat seolah hendak serang kapal musuh.

China diketahui umu sebagai lebih ke hadapan dalam urusan teknologi dron murah dan bersaiz kecil. Fakta yang dilaporkan media asing juga diakui oleh Kementerian Pertahanan AS.-Bebasnews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.