Saintis China menemui bahan cecair misteri di permukaan bulan

Saintis China menemui bahan cecair misteri di permukaan bulan

SAINTIS China telah menemui sejenis bahan baharu di permukaan bulan dalam sesi penerokaan baru-baru ini.

Gambar yang dihantar oleh jentera penerokaan bulan Yutu-2 kepada pusat bumi di China dikaji oleh saintis dan mereka mendapati bahan tersebut merupakan sejenis kaca cecair yang mungkin terhasil berikutan hentaman tahi bintang (meteor) ke permukaan bulan.

Setakat ini kajian masih berjalan bagi menentukan apa yang telah ditemukan oleh Yutu-2 tentang bahan berkenaan.

Sementara itu, saintis dari Open University United Kingdom, Mahesh Anand berpendapat setakat ini agak payah untuk menjelaskan secara spesifik apa bahan itu sebenarnya, memandangkan pihak berkuasa China enggan mendedahkan butiran yang mereka peroleh.

KENDERAAN peneroka bulan, Yutu-2 China.

Menurut Vintage News yang memetik pendapat para saintis lain, memandangkan bahan tersebut mempunyai kaitan dengan sebuah kawah (crater) di permukaan bulan, ia merujuk kepada sesuatu yang tersembunyi di bawah permukaan bulan dan akan muncul sebagai penemuan penting sejak eksplorasi bulan dilakukan oleh manusia.

Penemuan bahan cecair itu bukan yang pertama ditemukan, kerana angkasawan misi Apollo 17 lebih 45 tahun dahulu pernah menemui sejenis tahan merah di permukaan bulan.

Kajian ke atas tanah merah tersebut mendapati ia terhasil daripada letupan gunung berapi di bulan kira-kira 4 bilion tahun dahulu.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.