D’herbs mahu setanding Sephora

 D’herbs mahu setanding Sephora
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SEBUT saja hastag Terlajak Laris, automatik kita akan merujuk kepada pengasas produk D’herbs iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid.

Biarpun jenama D’herbs sudah berada di pasaran sejak 12 tahun lalu, namun ada sesetengah pihak masih menganggap produk keluaran tempatan itu tidak setanding dengan produk luar negara.

Sedangkan permintaan produk D’herbs tidak pernah putus di pasaran meskipun ada yang kata itu produk ‘kekampungan’.

Tidak mahu berada di takuk lama, Aliff Syukri mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan bagi memastikan jenama tersebut mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Menurut Aliff Syukri, perubahan perlu dilakukan untuk membuktikan jenama D’herbs masih relevan dan kekal menjadi jenama kosmetik tempatan nombor satu di tanah air.

Penjenamaan semula jenama D’herbs menampilkan 20 produk jualan terbaik rangkaian barangan kesihatan dan kecantikan. Produk tersebut dijenamakan semula dengan beberapa formulasi baharu supaya kualiti setiap produk dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa.

“Kali ini D’herbs akan memperkenalkan modul perniagaan yang baharu dengan membuka peluang kepada stokis atau pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat membeli belah seluruh negara.

“Pembukaan rangkaian perniagaan di seluruh negara sudah semestinya akan memberikan impak penjenamaan yang lebih besar bagi sebuah jenama kosmetik tempatan,” katanya pada majlis penjenamaan semual D’herbs baru -baru ini.

Untuk permulaan, beliau memilih Datin Diana Danielle sebagai duta produk Jus Perawan yang merupakan salah satu daripada jualan terlaris produk jenama D’herbs.

Katanya, pemilihan Diana Danielle atas faktor artis tersebut merupakan pengguna bahan-bahan organik dan semula jadi yang bertepatan  dengan Jus Perawan yang menggunakan herba asli 100 peratus tanpa pengawet dan diyakini sejak 12 tahun lepas.

“Hampir dua tahun juga saya tengok dan berhasrat untuk hentikan jenama ini (Jus Perawan) tapi sayang dalam tempoh dua tahun tanpa membuat sebarang pengiklanan jenama ini masih mendapat permintaan luar biasa. Saya boleh mendapat jualan lebih RM2 juta dalam masa sebulan tanpa pengiklanan.

“Buat penjenamaan semula dari segi pembungkusan dan konsep jualan juga berubah. Sebelum ini kami jual di pasar malam dan kedai jamu. Kini barangan kami berada di pusat beli-belah, maksudnya kedudukan barangan kami lebih bergaya. Kalau boleh nak jadi seperti jenama Sephora, kalau dapat jadi semi Sephora pun okey.

Beliau yang cuba mengelak daripada bersaing dengan rakan-rakan perniagaan lain juga turut mengenal pasti beberapa nama selebriti untuk berkolaborasi. Antara nama yang dalam senarai adalah Amyra Rosli, Fazura dan Wak Doyok.

Jelasnya, dalam tempoh enam bulan lagi butik D’herbs akan berada di Aeon Big, Alamanda, Putrajaya dan tidak akan ada lagi jualan di pasar malam bagi menjaga eksklusif jenama tersebut.

Katanya, D’herbs bukan sahaja menyasarkan pengguna daripada golongan pendapatan  isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah, B40  seperti sebelumnya. Sebaliknya, menerusi penjenamaan semula, diharap dapat menarik perhatian golongan pertengahan M40 dan kumpulan tertinggi, T20.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.